SHOPPE

Kanak-Kanak Disangka Gula-Gula Rupanya Tertelan 280 Biji ‘Bola’

Share:
Kanak-Kanak Disangka Gula-Gula Rupanya Tertelan 280 Biji ‘Bola’


DISEBABKAN kecuaian ibu bapanya, seorang kanak-kanak dari China yang berusia tiga tahun menanggung kesakitan apabila tertelan 280 biji bebola tanaman yang disangkakan gula-gula oleh ibu bapanya.




Insiden itu berlaku ketika bapa kanak-kanak malang itu memberikan gula-gula kepada anaknya sementara si ibu sibuk melakukan kerja rumah.

Tidak mengetahui gula-gula yang dimakan anak mereka itu sebenarnya adalah sejenis bebola tanaman yang mana bebola yang mengandungi air yang kebiasaannya diletakkan pada tanaman.


Pasangan itu mula menyedari kesilapan mereka sebaik sahaja si ibu mencuba sendiri ‘gula-gula’ tersebut namun semuanya sudah terlambat kerana anak mereka sudah pun menelan 280 bebola berkenaan.

Mereka kemudiannya terus bergegas ke hospital dan hasil pemeriksaan imbasan X (X-ray) mendapati perut anak mereka dipenuhi bebola air yang ditelannya itu.

Menurut doktor, mereka bernasib baik bertindak cepat dengan membawa anak ke hospital sebelum bebola itu pecah sekali gus boleh mengancam nyawa si anak.


Doktor kemudiannya memberikan ubat yang boleh mengeluarkan bebola itu secara semulajadi menerusi proses kumbahan.

Kanak-kanak itu dilaporkan stabil selepas menerima rawatan.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah