SHOPPE

Jep Sepahtu Tiada Rancangan Untuk Bertunang Dengan Sari Yanti

Share:
Jep Sepahtu Tiada Rancangan Untuk Bertunang Dengan Sari Yanti



KECOH di media sosial apabila berita mengenai pelawak, Jep Sepahtu dan pelakon, Sari Yanti bakal bertunang bulan ini.




Menerusi sebuah portal hiburan, pasangan yang semakin menunjukkan rasa cinta mereka itu dikatakan bakal melangkah ke fasa baharu dalam perhubungan iaitu mengikat tali pertunangan dalam bulan ini juga.

Namun, berita tersebut dinafikan Jep dengan menjelaskan mereka tiada rancangan untuk bertunang dan tidak mengetahui mengenai perkara tersebut.

“Bertunang? Tak ada lah, mana ada. Saya tak baca pun apa yang keluar dan tidak tahu apa-apa mengenainya,” katanya yang dipetik dari portal hiburan hari ini.

Penyampai radio Sinar FM itu bagaimanapun enggan mengulas panjang perkara tersebut.


Sebelum ini, Sari Yanti meluahkan perasaan cintanya ketika Jep Sepahtu live di Instagram dan sekaligus menimbulkan tanda tanya peminat gelagat pasangan ini yang seolah-olah sedang dilamun cinta.

Jep juga sebelum ini pernah menyatakan bahawa dia selesa berkawan dengan Sari Yanti sekaligus memberikan harapan buat peminat agar pasangan ini akan bertemu jodoh satu hari nanti.

Bukan itu sahaja gelagat pasangan ini ketika rancangan Sepahtu Reunion Live juga seolah-olah membayangkan ada ‘sesuatu’ dalam hubungan mereka yang bukannya sekadar teman biasa.

Namun, tiada pengesahan daripada kedua-dua belah pihak yang masih berteka-teki mengenai status hubungan mereka.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah