SHOPPE

Pengantin Perempuan Tersilap Beromen Dengan Pengapit

Share:
Memang kelakar betul..macam mana boleh tersilap beromen dengan pengapit pengantin lelaki..hahahaha. Bagi pengantin kat luar sana kalau nak beromen pun pastikan betul-betul yang tu laki anda kalau tak naya nanti.

Dalam kes ni untunglah pengapit pengantin lelaki..dapat habuan free dah lah jadi pengapit lepas tu dapat BONUS yang lumayan pulak tu...Sapa tak nak kan??...kakakakakh


beromen

Seorang pengantin perempuan di China yang ingin menyambut perkahwinannya dengan mengadakan seks pada awal pagi selepas majlis itu berlangsung terkejut apabila menyedari lelaki di atas katil bukan suaminya, tetapi pengapit pengantin lelaki.


Bagaimanapun, tak ada gunanya dia menyesal kerana benda sudah terjadi, lapor akhbar Xinhua.

Pengantin perempuan itu yang dikenali sebagai Huang, dikatakan pergi ke bilik mandi pada awal pagi selepas malam majlis perkahwinan.

Dia dengan seronok kembali ke bilik yang disangka biliknya dan mula meraba lelaki berkenaan yang disangka suaminya.

Sebenarnya lelaki itu ialah pengapit suaminya ketika majlis perkahwinan mereka dan dia tidak menyedari bahawa dia sudah mengadakan seks hinggalah sejurus selepas hari mula cerah.

“Tolong! Tolong, saya dirogol,” jerit wanita itu sebaik menyedari kesilapannya.

Semua penghuni rumah berkenaan mengelilinginya. Dan selepas perbahasan hangat, mereka memutuskan cadar kotor keluarga itu tidak boleh dibasuh secara terbuka dan pengapit terbabit perlu membayar pampasan kepada pengantin baru itu sebanyak 20,000 yuan.

Keputusan itu bagaimanapun dibantah pengapit terbabit yang mendakwa dia tidak melakukan sebarang kesalahan dan tidak mempunyai wang untuk diberikan kepada pasangan pengantin itu.

Pasangan berkenaan kemudian mengheretnya ke balai. Tetapi polis enggan menyiasat kes itu kerana berpendapat apa yang berlaku tidak mencapai tahap merogol.

Kerana kecewa, mereka kemudian memfailkan tuduhan rogol terhadap lelaki itu di Mahkamah Rakyat Bandar Napo.

Bagaimanapun, mahkamah juga menolak kes itu dengan berkata, tidak ada keganasan atau paksaan digunakan oleh pengapit berkenaan. -Agensi

Sumber : KarutKita


No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah