SHOPPE

Biodata Dan Profile Lengkap Zul Ariffin

Share:

Biodata Dan Profile Lengkap Zul Ariffin


Sapa tak kenal dengan Zul Ariffin, pelakon sado yang terkenal sekarang ni. Sejak minggu ini nama Zul Ariffin menjadi PANAS gara-gara video lucah mirip beliau tersebar di media sosial. Zul Ariffin banyak melakonkan watak hero dalam setiap drama dan filem.

Sejarah bagaimana mula Zul Ariffin berlakon tatkala beliau disapa pada ketika beliau bekerja di sebuah cafe di Kuala Lumpur sekitar umur 18 tahun pada ketika itu oleh pengarah drama mengenai kesediaan dan minatnya untuk berlakon. Semestinya peluang sebegitu tidak dilepaskan begitu sahaja

Jom kita tengok serba sedikit kerjaya beliau semasa awal-awal kemunculannya dahulu sehinggalah sekarang menerusi biodata dan profile Zul Ariffin secara ringkas seperti di bawah ini :

Biodata Dan Profile Lengkap Zul Ariffin


  • Nama Penuh Zulkifli Bin Ariffin
  • Tarikh lahir pada tahun 25 Oktober 1986
  • Tempat lahir : Perak
  • Umur : 33 tahun (2019)
  • Tinggi : 6 kaki 1 inci (1.85 meter)
  • Berasal dari negeri Taping, Perak
  • Rumah : Di Kuala Lumpur
  • Adik Beradik : Anak bongsu daripada 4 beradik (2 Lelaki & 2 Perempuan)
  • Kacukan : Melayu + Belanda (Dutch)
  • Adik beradik : Anak bungso. Ada 4 orang beradik (dua kakak dan seorang abang)
  • Kerjaya : Model, Pelakon


Media Sosial Zul Ariffin


  • Instagram : Tidak berjaya dikesan


Fakta Menarik Tentang Zul Ariffin


  • Berketinggian 1.85 meter. 
  • Anak bongsu daripada empat adik-beradik. Mempunyai dua kakak dan seorang abang. 
  • Berdarah kacukan Melayu dan Belanda. 
  • Awalnya ingin menjadi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), namun hilang kelayakan selepas mendapat kecederaan patah di bahagian bahu. 
  • Sewaktu berhijrah ke ibu kota pada usia 18 tahun, beliau menyara kehidupan sebagai barista di sebuah kafe bernama Dome Café. 
  • Kemudiannya Zul mengasah bakat untuk menjadi peragawan dengan menyertai latihan model fesyen. Sejak itu, beliau mempraktikkan kebolehan dengan mengambil beberapa tawaran beraksi di pentas pertunjukan fesyen. 
  • Bakat Zul seterusnya dikesan oleh seorang pencari bakat yang kemudiannya membawa kepada kemunculan beliau dalam beberapa iklan televisyen. 
  • Drama pertama lakonannya ialah Awan Dania pada tahun 2008. 
  • Antara drama popular yang dibintanginya seperti Renjis, Gerak Khas, Nora Elena, Rindu Awak 200%, Istikharah Cinta, M.A.I.D, Menanti Februari, Titian Cinta, Ti Amo, Sweetheart 100 Hari dan Seribu Rindu.
  • Beberapa telefilem dilakonkannya seperti Tujuh Lagu, Hatiku Di Kinabalu, Panik, Rindu Awak 200% Raya, M.A.I.D Pun Nak Raya dan Permata Hati. 
  • Manakala filem-filem terkenal dibintanginya seperti Evolusi KL Drift 2, Bikers Kental, Penanggal, J Revolusi, Tombiruo: Penunggu Rimba dan Hantu Kak Limah. 
  • Antara pencapaian terbaik beliau sepanjang bergelar anak seni ialah kemenangan menerusi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30, 31, Aktor Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-5 dan Pelakon TV MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era ke-2. 
  • Pernah dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Abby Abadi, Zahirah MacWilson dan penerbit Gayatri Su-Lin Pillai. 
  • Ibunya menghembuskan nafas terakhir pada 5 Disember 2017 kerana penyakit jantung. 


Gambar-Gambar Zul Ariffin Yang Kacak Bergaya












Sumber : iluminasi

#zul
#zulariffin
#biodatazulariffin

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah