SHOPPE

Suami Nekad Bomohkan Isteri Hingga Melekat Semasa Berzina

Share:

Suami Nekad Bomohkan Isteri Hingga Melekat Semasa Berzina


isteri curang



GARA-GARA mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang suami telah mengarahkan bomoh untuk menyumpah alat sulit pasangan ‘kekasih’ itu bagi mengesahkannya.


Dailymail melaporkan, sumpahan tersebut berhasil apabila pasangan kekasih itu melekat ketika mengadakan hubungan seks sehingga terpaksa meminta pertolongan jiran untuk membantu mereka.

Pasangan kekasih itu melakukan hubungan seks di rumah wanita berkenaan di Kisii County, Kenya ketika suaminya keluar rumah atas urusan kerja.

Media tempatan melaporkan suami kepada wanita tersebut mengesyaki isterinya curang lantas mendapatkan bantuan bomoh untuk menyediakan ramuan khas bagi ‘memerangkap’ pasangan itu.

Ramuan tersebut dihasilkan supaya pasangan terbabit tidak dapat dipisahkan ketika melakukan hubungan seks dan ianya sekaligus membuktikan kecurangan isterinya.

isteri berzina

Selepas beberapa jam menahan sakit, pasangan itu menjerit dan meminta pertolongan sebelum jiran datang dan berkumpul bagi melihat insiden memalukan itu.

Jiran bertindak memecahkan pintu rumah dan terkejut apabila melihat pasangan itu melekat dalam keadaan bogel di atas katil.

Kedua-dua mereka dibawa keluar dari rumah berkenaan menggunakan selimut dan muka ditutup dengan kain akibat malu dengan kejadian itu.

Suami wanita berkenaan yang dihubungi jiran mengarahkan pasangan itu dibawa berjumpa bomoh bagi memisahkan mereka namun bomoh tersebut mengenakan denda sebelum merawat mereka.

Pasangan tersebut diarahkan membayar denda supaya ianya dapat memberi pengajaran kepada individu yang curang dalam perkahwinan.




Sumber : mynewshub



Penafian: Artikel ini datang dari web dari media. Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran, sila hubungi kami untuk memadam

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah