SHOPPE

Biodata Dan Profile Lengkap Mimi Lana Pelakon Cantik Dan Seksi

Share:

 

Biodata Dan Profile Lengkap Mimi Lana Pelakon Cantik Dan Seksi

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata penuh Mimi Lana. Biodata Mimi Lana ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Pelakon dan Model asal Malaysia ini!

Kerjayanya bermula selepas menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2014/2015. Sejak itu, Mimi Lana telah membintangi beberapa drama tempatan termasuk Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa, Sein Dan Luna, dan Halalkan Hati Yang Ku Curi.

Namun, Namanya mula dikenali ramai orang selepas beliau membintangi drama bersiri berjudul Sein Dan Luna yang telah ditayangkan pada tahun 2016.

Biodata Dan Profile Lengkap Mimi Lana

Nama Penuh: Mimi Roziana Zainal Abidin

Nama Popular: Mimi Lana

Tarikh Lahir: 21 November 1995

Umur: 25 Tahun (2020)

Zodiak: Scorpio

Asal: Taiping, Perak

Kediaman: Kuala Lumpur

Agama: Islam 

Bangsa: Melayu

Warganegara: Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, Model

Tahun Aktif: 2013 - hingga kini

Ketinggian: 1.75 m (5 ka 9 in)


Media Sosial Mimi Lana

Facebook:

https://facebook.com/mimilanapage

Twitter:

https://twitter.com/missmimilana

Instagram:

https://instagram.com/missmimilana

Wikipedia:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Mimi_Lana

Latar Belakang dan Kerjaya Mimi Lana

Mimi Lana dilahirkan pada 21 November 1995 dengan nama penuh Mimi Roziana Zainal Abidin di Taiping, Perak.

Mewarisi bidang lakonan dari neneknya yang merupakan pelakon pentas semasa era P. Ramlee, Mimi Lana memulakan kerjaya pemodelan sebagai salah seorang peserta Dewi Remaja 2014/2015 bersama-sama Raysha Rizrose, Mawar Rashid, Syamim Farid, Natrah Khalid dan Puteri Aishah dan kemudiannya melibatkan diri dalam bidang lakonan.

Beliau mula dikenali selepas berlakon dalam drama Sein Dan Luna sebagai watak utama bersama Syazuwan Hassan.

Mimi bersama pelakon Natasha Elyzza dan Fivi Mae ditahan selepas kediaman mereka di Subang Jaya, Selangor, diserbu oleh pihak polis pada 18 September 2015.

Dalam serbuan itu, polis menemui satu beg mengandungi tiga paket plastik lutsinar yang mengandungi ganja seberat 15.74 gram dan bilah pisau atas almari baju dalam bilik kedua kediaman mereka.

Akibatnya, beliau dipenjarakan selama 11 hari. Mimi dibebaskan pada 29 September selepas siasatan mendapati dadah itu bukan milik beliau.

Beliau berkongsi mengenai ketinggiannya dalam temuramah bersama Star2: "Semua orang dalam keluarga saya tinggi. Bapa saya dan adik saya lebih tinggi daripada 6 kaki (1.8m). Adik saya, juga tinggi seperti saya."

Menurut laporan Star2, Mimi Lana kelihatan lebih tinggi dari kebanyakan wanita Malaysia.

Drama Popular Mimi Lana

Kisah Cinta (2013) Sebagai kawan Huzir. 

Cinta Jannah (2013), Drama arahan Azmi Hatta, Mimi sebagai Wanda. 

Sekali Aku Jatuh Cinta (2016), Dibintangi Syafiq Kyle, Mimi Lana dan Faye Kusairi. 

Sein Dan Luna (2016), Sebagai pelakon utama, Luna. 

Suamiku Mat Piun (2018), Sebagai Atikah. 

Halalkan Hati Yang Ku Curi (2018), Sebagai Salimah. 

Mawar Murni (2018). Sebagai pelakon utama, Mawar. 


Fakta Menarik Mimi Lana

1. Aktif berlakon sejak tahun 2013 hingga kini

2. Berketinggian 5 kaki 10 inci (1.78 meter).

3. Lahir pada tanggal 21 November 1995, Mimi Lana berzodiak Scorpio.

3. Pada awalnya Mimi Lana menjadi seorang model dan kemudiannya baru berjinak-jinak beralih ke dunia lakonan.

4. Merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015, ketika itu bersaing dengan Raysha Rizrose, Mawar Rashid, Syamim Farid, Puteri Aishah dan beberapa nama lagi.

5. Pada tahun 2015, Mimi Lana direman pihak polis selama 11 hari atas dakwaan memiliki dan mengedar ganja, namun nyatanya beliau terbukti tidak bersalah.

6. Atas peristiwa hitam itu, namanya pernah digam oleh beberapa stesen televisyen tempatan.

7. Dia menjadikan peristiwa hitam itu sebagai pengajaran besar agar lebih berwaspada dalam memilih kawan.

8. Dikatakan memiliki wajah seiras pelakon wanita popular Filipina, Angelica Panganiban.

9. Suka melancong dan mencuba menu makanan baru.

10. Mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya.


Gambar Terkini Mimi Lana Yang Cantik Dan Cun Melecun














Sumber :Wikipedia,Iluminasi.com,Azhan.co,Himpunanceritalawak.com

 

 

 




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah