SHOPPE

Rupanya Senang Jer Buat Sos Carbonara.Lepas Ni Korang Tak Payah Beli Dah!!!

Share:

Rupanya Senang Jer Buat Sos Carbonara.Lepas Ni Korang Tak Payah Beli Dah!!!

Rupanya Senang Jer Buat Sos Carbonara


Spagetti carbonara sering menjadi menu pilihan untuk dihidangkan kepada tetamu bila ada sambutan rumah terbuka atau ketika reunion bersama rakan-rakan lama. Tetapi jika hendak dibuat dengan kuantiti yang banyak, elok buat sendiri je sos carbonara. Kalau nak beli yang segera dalam botol, boleh tahan banyak juga botol hendak diguna.


Bahan-bahan:

Spagetti

Butter

Bawang holland potong dadu

Tepung gandum 3 sudu makan

Air 3 cawan

Susu full cream 4 cawan

Tatura cream cheese yang kecil dibelah 2, ambil sebahagian saja. (kisar bersama sedikit air)

Garam, lada hitam, oregano

Nak sedap masukkan daging cincang

Sosej dipotong kasar

Lada benggala


Bahan-bahan:

Panaskan butter kemudian masukkan bawang holland. saute sehingga keperangan.

Masukkan daging cincang. Kacau2 sehingga masak.

Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau2 sehingga keperangan sedikit.

Dah agak kering masukkan air kacau2. Jangan sampai berketul, dah ok masukkan susu full cream. Saya pakai dutch lady, baru sedap. Kalau pekat tambah lagi.

Kemudian masukkan kesemua bahan lain.

Pastikan tatura cream cheese di kisar dahulu dengan sedikit air supaya kuah tidak berketul.

Bila dah secukup rasa semua, sedia untuk dihidangkan bersama spagetti.

Selamat mencuba!

Rupanya Senang Jer Buat Sos Carbonara

Rupanya Senang Jer Buat Sos Carbonara




Sumber : dailymakan


No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah