SHOPPE

Inilah Lelaki Paling Kaya Di China Menewaskan Jack Ma Pengasas ALI BABA GROUP Tak Sangka Ini Kerjayanya

Share:

Inilah Lelaki Paling Kaya Di China Menewaskan Jack Ma Pengasas ALI BABA GROUP Tak Sangka Ini Kerjayanya

Inilah Lelaki Paling Kaya Di China Menewaskan Jack Ma Pengasas ALI BABA GROUP Tak Sangka Ini Kerjayanya


Zhong Shanshan, pengasas jenama air botol China yang terkenal, Nongfu Spring, telah berjaya menewaskan pengasas Alibaba (BABA) Jack Ma untuk menjadi orang terkaya di China, lapor indeks Bloomberg Billionaires.


Untuk rekod, Zhong sudah menjadi orang ketiga terkaya di China, manakala sehingga hari Rabu, Bloomberg melaporkan nilai anggaran kekayaan Zhong terus memuncak apabila berjaya mencapai $USD 58.7 bilion, melebihi $USD 56.7 bilion milik Jack Ma. Ini juga telah meletakkan Zhong di hadapan Pony Ma, pengasas Tencet (TCEHY).


Apa yang menarik, Zhong bukanlah usahawan teknologi seperti Jack Ma dan Pony Ma. Di luar syarikatnya, dia adalah ketua pembuat vaksin yang mewakili syarikat Beijing Wantai Biologic Pharmacy – syarikat ini juga dilaporkan telah menjadi faktor kepada peningkatan kekayaan Zhong.


Rupert Hoogewerf, ketua firma penyelidikan Hurun Report yang bertanggungjawab mengira kekayaan menyatakan bahawa kebanyakan orang silap apabila meramalkan bahawa usahawan teknologi akan menjadi individu terkaya pada masa hadapan.


Selain itu, Zhong yang terkenal dengan nama samaran “serigala tunggal” juga selalu bersikap rendah diri namun tegas dibandingkan dengan usahawan terkemuka lain dan ini turut memacu kepada kejayaan beliau menjadi orang paling kaya di China.


“Dia dikatakan tidak mempunyai banyak rakan dari bidang usahawan,” kata Hoogewerf. “Dia hanya menjalankan perniagaannya sendiri.” Katanya sebelum menambah bahawa sebelum Zhong diangkat menjadi indivudi terkaya di China, dia sebenarnya sudah mempunyai rekod kejayaan yang luar biasa.


“Zhong Shanshan adalah sebahagian kecil orang China yang tidak hanya membina satu perniagaan bernilai $USD 10 bilion, tetapi dua perniagaan yang bernilai $USD 10 bilion,” kata Hoogewerf. “Ini sangat luar biasa.”



SUMBER : CNNBLOOMBERG, THEVOCKET.COM


No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah