SHOPPE

Biodata Dan Profile Lengkap Wan Emir Astar Suami Kepada Mira Filzah

Share:

Biodata Dan Profile Lengkap Wan Emir Astar Suami Kepada Mira Filzah




Siapa Wan Emir Astar? Jejaka ini dikatakan bakal mengikat tali pertunangan dengan Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, Mira Filzah.

Spekulasi tercetus selepas aktres itu mendedahkan dirinya sedang mengenali hati budi seseorang yang bukan daripada kalangan penggiat industri hiburan. 




Biodata Dan Profile Lengkap Wan Emir Astar

1. Pemilik nama penuh, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar.
2. Berumur 30 tahun.
3. Berkerjaya sebagai arkitek. 
4. Mempunyai firma seni bina dan perusahaan perniagaan sendiri. 
5. Anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yazid. 
6. Bapanya yang juga bekas Ahli Parlimen kawasan sama (Kuala Kangsar) iaitu Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad, telahpun terlebih dahulu meninggal dunia akibat tragedi helikopter di Sarawak pada tahun 2016. 
    

Dakwaan Hubungan Cinta Dengan Mira Filzah

Khabar angin mengatakan beliau sudahpun merisik Mira dan bakal melangsungkan pertunangan pada bulan September ini. 
Gosip terbabit dikuatkan lagi apabila pasangan ini hadir buat pertama kalinya di hadapan umum sewaktu majlis resepsi perkahwinan Farah Nabilah yang berlangsung semalam. 
Mereka dikatakan mula berkenalan sewaktu zaman pengajian, sebelum hubungan itu terhenti apabila Wan Emir mengambil keputusan terbang ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran. 
Bagaimanapun sehingga kini Mira masih kekal dengan pendiriannya untuk merahsiakan identiti kekasihnya itu atas permintaan keluarga kedua-dua pihak. 
    

Gambar-Gambar Wan Emir Astar









Kredit foto: Instagram Wan Emir Astar




sumber :iluminasi.com


No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah