SHOPPE

Biodata Dan Profile Lengkap Ain Edruce Yang Cantik Dan Seksi

Share:

Biodata Dan Profile Lengkap Ain Edruce Yang Cantik Dan Seksi




Mesti anda pernah melihat kelibat gadis cantik dan tinggi lampai ini di tv? Beliau kerap muncul dalam rancangan MBuzz dan Buletin Utama di TV3. Itulah Ain Edruce yang cantik dan tinggi lampai.

Nurulain Edruce atau lebih dikenali sebagai Ain Edruce (lahir 4 Ogos 1991) merupakan seorang pengacara, model dan pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal sebagai pengacara rancangan MBuzz dan sebagai Rosnaida dalam Kekasih Paksa Rela.

Biodata Dan Profile Lengkap Ain Edruce

Nama Penuh: Nurain Edruce
Nama Komersil: Ain Edruce
Tarikh Lahir: 4 Ogos 1991
Umur: 26 Tahun (2017)
Kerjaya: Pelakon, model, pengacara
Kediaman: Kuala Lumpur
Asal: Terengganu
Keluarga: Anak keempat daripada lima adik-beradik
Kerjaya: Pengacara, Model dan Komposer
Pendidikan: Ijazah Sarjana Komposisi Muzik, UiTM Shah Alam
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Status: Bujang

Media Sosial Ain Edruce

Facebook: facebook.com/nurulain.edruce
Twitter: twitter.com/ainedruce
Instagram: instagram.com/ainedruce

Kehidupan Peribadi Ain Edruce

Ain Edruce dilahirkan dan dibesarkan di Terengganu. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat beradik dan pemegang Ijazah Sarjana Komposisi Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam, Selangor.

Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon Ezzrin Loy yang juga adik pelakon Elfira Loy, namun berpisah akibat perbezaan kreatif. Ain juga pernah dikaitkan bercinta dengan seorang kerabat diraja. Beliau bagaimanapun tidak kisah jika ditanya mengenai soal perkahwinan.

Kerjaya Ain Edruce

Ketika menuntut di UiTM, pada 2011, Ain memulakan kerjaya awal sebagai model, seterusnya memulakan kerjaya televisyennya sebagai pelakon utama bersama Melda Ahmad dan Liyana Kamarhisham dalam drama realiti Gadis Semasa Sunsilk terbitan Red Communications.

Empat tahun kemudian, beliau mengacarakan rancangan Girls Only Show yang bersiaran di Hypp Inspirasi, saluran gaya hidup Unifi TV. Beliau paling dikenali sebagai pengacara rancangan kapsul hiburan MBuzz selama dua minit di TV3.

Beliau juga pernah menyertai rancangan realiti TV, Lari: Misi Mr. X bersama Mark Adam, Atu Zero dan Nonny Nadirah. Ain berlakon dalam drama Kekasih Paksa Rela lakonan Intan Najuwa dan Remy Ishak, memegang watak sebagai Rosnaida.

Ia kemudian diikuti oleh Kenyalang I'm In Love lakonan bersama Hafeez Mikail.[9] Ain menggalas peranannya sebagai salah seorang pengacara rancangan Pop Express di ntv7.

Trivia Menarik Ain Edruce


  • Seorang yang happy go lucky, gila-gila dan petah berkata-kata.
  • Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Komposisi Muzik di UiTM, Shah Alam, Selangor.
  • Pandai bermain gitar dan mengubah lagu.
  • Program ‘Girl Only Show’ yang disiarkan di saluran Hypp Inspirasi (Hypp TV) merupakan  rancangan pertama yang dikendalikannya.
  • Pernah menghasilkan lagu raya bertajuk Inspirasi Syawal dan disiarkan di saluran Hypp TV.
  • Pernah bekerjasama dengan pereka fesyen tanah air seperti Hatta Dolmat dan Ana Ali.
  • Mengamalkan gaya hidup sihat dengan minum teh hijau untuk kekal cantik dan langsing.
  • Sangat obses dengan Taylor Swift.
  • Menjadi salah seorang peserta program terbitan TV9 iaitu Lari:Misi Mr X bersama-sama selebriti tempatan seperti Mark Adam, Atu Zero dan Nonny Nadirah.
  • Dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan adik kepada Elfira Loy iaitu Ezzrin Loy.
  • Memenangi Zalora Style Awards 2016 bagi kategori Female Style Star.
  • Mempunyai lebih 50,000 pengikut di Instagram miliknya.

Drama-Drama Lakonan Ain Edruce

2011 Gadis Semasa Sunsilk
2017 Kekasih Paksa Rela
2018 Kenyalang I'm In Love

Telefilem Lakonan Ain Edruce

2018 My Sweet Madu
2019 Suluhkan Aku Cahaya
                Resort Berhantu

Televisyen Ain Edruce

2015 Girls Only Show
                Mad Markets Go Asean
                Lari: Misi Mr. X
2016 Dari Bilik Sebelah (Anugerah Skrin 2016)
                Karpet Merah (Anugerah Skrin 2016)
2017 MBUzz
2018 Trolley vs Backpackers
                Pop Express ntv7
                Jenaka Kampung Kalut: JKK TV3 Sitkom
                I Can See Your Voice Malaysia

Gambar-Gambar Ain Edruce Yang Cantik











Bila Ain Edruce Nak Kahwin??



No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah