SHOPPE

Seram!!! Kenapa Tiba-Tiba Housemate Cakap Indon Dan Pucat Macam Mayat Hidup. Rupa-Rupanya...

Share:

Seram!!! Kenapa Tiba-Tiba Housemate Cakap Indon Dan Pucat Macam Mayat Hidup. Rupa-Rupanya...



Siapa tak rasa seram kalau tiba-tiba dapat tahu rakan serumah kita sebenarnya hantu?

Baru-baru ini, seorang pengguna Twiitter yang dikenali sebagai Faizal telah berkongsikan kisah seramnya bertemankan makhluk halus di rumah bujangnya suatu ketika dahulu.



Kejadian yang berlaku sembilan tahun yang lalu itu berlaku tatkala Faizal tidak menyedari bahawa orang yang disangkakan teman serumahnya itu sebenarnya adalah mahkluk halus.

Nak dijadikan cerita, hampir seharian Faizal duduk serumah dengan entiti tersebut. Dari makan bersama, menonton televisyen bersama sehinggalah ‘rakan serumah’nya itu naik ke bilik untuk tidur.

Faizal hanya menyedari situasi sebenar apabila ditegur sahabatnya yang lain bahawa rakan serumahnya iaitu Faris, sebenarnya telah pulang ke kampung.

Baca perkongsian penuh di bawah:
Segalanya bermula bila hujung minggu tu aku taktau pun kawan aku tu balik kampung. 5 hari sebelumnya tu aku takde dekat rumah, outstation. So, weekend on Saturday in the morning, aku balik rumah macam biasa.

Sampai rumah, aku naik tingkat atas nak letak barang beg pakaian bagai. Tengok bilik sebelah tutup rapat. Aku try bukak, kunci dari dalam. So aku target kawan aku tengah tidur la ni, so it’s fine then.

Aku pun masuk bilik aku, letak barang barang aku.Sebelum ada yang tanya, “Senangnya bagi kawan masuk rumah? Tak takut pape hilang?” No, he’s just like my blood brother. Kenal dari sekolah rendah bodoh bodoh lagi.

So yea, some of my closest friends ada kunci rumah aku. Buat la macam rumah bapak kau sendiri okay. So aku pun mandi, rest kan badan, turun bawah bukak tv, layan movie.

Tak sampai setengah jam, aku dengar ada orang bercakap dekat tingkat atas. In my mind, “Ouh dia tengah cakap phone la ni. Bagus dah bangun, ada jugak teman borak”.

Sedar tak sedar, sampai habis jugak 1 movie aku tengok, kawan aku ni tak jugak turun turun. Aku malas naik, tangga tinggi sangat. Aku call, tak jawab. Tak dengar pun bunyi hp dia dekat atas.

Silent ke? Ke mti masa gayut sambil cas hp? Ahh buah fikiran kartun aku mula la keluar. Disebabkan penat, aku terlena. Sedar sedar dah dekat Asar. Aku bangun, ingat nak cari juadah petang la, pisang goreng ke apa ke.

So naik la tingkat atas nak panggil kawan aku ni, jadi anak d4ra siam ke dok perap dalam bilik sehari. Aku naik, pergi bilik ketuk pintu. Tak berjawab. Cukup 5 minit ketuk aku jerit, “Kau tidur ke mti? Kalau mti bagitau, senang nak plan kebumi mana”.

Then aku dengar suara orang gelak. “Haa alhamdulillah hidup lagi. Jom, teman aku cari minum petang. Lapar perut ni dari malam tadi belum cekik.” Kawan aku ni jawab, “Aku tak lapar, tak berapa sihat ni, lepas Maghrib la aku keluar”. Aku pun be like, okay, I’m hungry, bye.

Keluar la aku macam biasa, beli makanan, balik, then makan bersendirian. Teruskan hidup yang bosan. Sampai la lepas Maghrib aku melepet dekat rumah, aku dengar bunyi pintu bilik atas terbukak.

Then I saw my lovely mushy friend walked down the stairs. Tapi dalam keadaan yang sangat pelik. Jalan tunduk, slow, macam zombie. “Ah sakit betul kau ni, apahal pulak?” kata hati kecil aku. Tapi aku tak terus tengok dia, sebab aku dok sedap layan movie.

Aku perasan dia lalu, terus pergi dapur, masuk bilik air. Tapi lama, setengah jam lebih. Towel tak bawak, mandi mende pulak. Aku buat nak guna toilet, ketuk pintu. Yang dia sahut, “Hm hmm sebentar ya”. Aku dalam hati kau ni sakit ke sawan, baku betul bahasa…

Dia keluar, muka pucat. Aku target demam teruk ni. Aku sapa, “Pergi klinik tak check? Kalau denggi susah, area taman kita ni banyak kes dah”.

*Lepas itu dia jawab, “Boleh lagi ni, sudah ku makan ubat tadi siang”. Aku pelik, tapi biarlah. Dia melawak je aku rasa cakap gaya gini.*

“Kalau okay takpe la, tu kuih petang tadi ada lagi. Bedal dulu, karang kita lepak makan nasi”. Dia pun duduk la sekali, tengok TV sambil makan kuih. But this time I know something is totally wrong somewhere. Dia makan slow, like old man yang takde gigi takde daya. Pisang je kot.

Cuma tak lah aku pikir yang karut, sebab aku ni bukan penakut mana. Aku sapa, “Kau makan elok-elok boleh sebelum aku jual kau dekat Thailand?” He look me straight into my eyes and smile, then he said, “Lapar tapi tak sihat, maafin ya” then gelak. Aku pun bodoh, gelak la sekali.

So we both stayed and watch the movie, until around 10pm lebih macam tu. Tak borak, sebab aku jenis fokus tengok movie. So sampai la masanya terasa lapar, aku ajak lepak minum makan. Dia geleng, “Mau baring je, tak larat amat”

“Okay la, nak tapau apa? Aku beli sekali ni”. He said, “Teringin pulut kuning, beli itu saja, air limau nipis kosong”. Akal fikiran bodoh aku masih berfungsi dengan baik bilamana aku hang jawab, “Ouh okay tu je. Kejap aku pergi tapau Mek bawah” dan berlalu pergi.

Sampai kedai makan, aku pun order. Sementara tunggu, aku nampak satu group kawan taman aku baru sampai. Diorang lambai, panggil duduk setable. “Buat mende sorang sini jal, bosan sangat ke hidup haha”.

Aku kata, “Tapau, nak lepak Faris tak sihat, ada rumah tu. Meh la lepak rumah”. Salah seorang kawan aku jawab, “Faris, dia bukan kata balik kampung meh?”

Aku tak pelik, aku cakap, “Mana aku tau, aku baru balik outstation siang tadi kan. Ada tu haa kat rumah, tak jadi la kot sebab tak sihat tu”. Tapi aku perasan, seorang kawan aku ni muka tak sedap hati.

Makanan siap, and nak gerak tu aku cakap dekat group kawan aku ni, “Karang dah siap makan kalau nak mai lepak datang je”. Aku balik, sampai rumah, kawan aku takde dekat ruang tamu.

Aku naik bilik, panggil nak ajak makan. Dia cakap, “Aku makan di bilik ja, siap makan tidur langsung”. Dalam hati aku kata, “Eh bila masa dia beranak Indon?”. Aku cakap, “Ni dah aku belikan makan, kau nak suruh aku makan sorang.

Takde, meh turun, makan sekali, karang bersepah bilik tu”. Dia pandang aku macam marah, but akur, ikut turun bawah. And again, this time baru datang part tak sedap hati. Dia duduk bersila atas lantai, nak makan pulut tu.

Yang peliknya, aku makan dah nak habis separuh nasi, dia doa tak habis-habis lagi. Dalam hati, “Fis, kau ni sakit ke, sampuk hantu? Ah sudah”. Nak mengurangkan rasa tak sedap hati aku tegur, “Woi, kau baca doa qunut ke apa dari tadi belum makan lagi?” 

Dia pandang aku, muka serius, “Sebentar, rezeki ini kita harus mensyukuri dan berkongsi kenikmatannya”. Aku jammed, sambil fikir. Bab bersyukur tu aku paham, tapi bab berkongsi tu apahal? Kita dua je sekarang dalam rumah ni.

Aku dah ada nasi. Kau nak kongsi dengan siapa? Siap makan, aku tengok TV, sambil jenguk dia makan, masih sama. Slow, macam orang tua. Aku dua kali jammed.

Layan TV, dia pun siap makan, then dia duduk dekat sofa di sudut ruang tamu, belakang aku. Aku baring depan TV, masih sama, aku fokus, tak borak. Tapi fikiran aku melayang, teringat muka kawan aku dekat kedai makan tadi. Aku ambil phone, text dia.

“Ji, kau dekat Mek lagi? Nak tanya, bila Faris cakap dia nak balik kampung? Semalam or Khamis haritu kau ada text dia ke?” Dekat 10 minit tunggu, masuk mesej, “Khamis malam Jummaat tu, dia text kata on the way balik kampung. Itu aku heran bila tadi kau tapau cakap dia punya”.

Aku pusing belakang, tenung muka pucat kawan aku ni, sambil balas text. “Khamis? Pastu dia ada bagitau dah sampai ke, tak jadi balik ke apa ke?” Ting, another incoming message, “Takde, tu je. Dia balik hiking Khamis tu, petang kami lepak minum, then tengah malam dia text gitu la”.

Ngam masuk message tu, kawan aku ni bangun, terus naik tangga. Aku tegur “Tidur Ris, awal lagi” walhal jam pukul 2:30am macam tu. Then he said, “Tidak lah, berehat aku bentar, jauh perjalanan tu hari”. Wait what? Jauh jalan? Then aku teringat message, dia balik hiking.

Otak b0doh aku masih berfungsi dengan baik, “Ouh ye jugak haritu hiking, penat sangat padan la tak sihat”. Selang 15 minit, aku dengar bunyi macam orang menyanyi dekat atas, tapi bukan seorang, macam berdua macam bertiga. Otak bodoh aku terus perform, “Ah tengok movie la tu”.

Makin lama, makin kuat pulak nyanyian. Cuma pelik, sebab aku tak paham bahasa apa, lagu apa. Macam bunyi jawa, indo, yang pasti tak sedap di dengar. Aku jerit, “Woi gila pukul 3 pagi dah ni, kot ye pun feeling nyanyi slow sikit”. Disambut dengan hilai tawa, tapi suara perempuan.

Aku terkedu, “Pulak dah, siapa pulak si mangkok ni sorok dalam bilik?” Nak bangun pergi ketuk bilik ke tidak. Yakin betul aku tu gelak orang perempuan. “Ah kejap, aku call dia dulu la”. Still, tak jawab, and tak dengar bunyi hp dia, hanya dengar nyanyian.

Resah bercampur blur, aku text kawan aku si Ji tadi, “Ji, there’s something wrong dengan Faris. Dia dekat bilik atas, seorang. Tapi aku dengar ada suara perempuan dengan dia. Siap menyanyi bagai. So aku patut marah ke takut sekarang ni cuba kau bagi idea…”

Ting, new message, “Jal, aku baru nak forward something. Kau baca ni”

I saw a forwaded message from Faris, berbunyi “ALLAHU Ji, aku dekat kampung ni gila! Khamis malam kan aku dah bagitau aku gerak. Suruh Pejal keluar rumah, bukan aku dalam rumah tu!”

Aku Kaku. Daripada sedap cerita yang aku tengah tengok ni, terus jadi tak sedap. “Okay, that wasn’t Faris. What is that thing?” Now, rasa takut memasuki ruang dada, namun, rasa ingin tahu mengatasi segalanya.

Aku reply dekat Ji, “Datang rumah, aku nak tau benda apa dalam bilik ni”. Then he said, “Kau ni sakai, aduh pukul 3 pagi ni Jal haishh”. Tak sampai 8 minit, Ji ni sampai.

True friends won’t back out. Tapi taknak masuk, duduk luar rumah. Dia tanya, “Sumpah Jal tadi kau tengok dia?” “Iye la gila, dah tadi aku tapau untuk siapa? Siap makan sekali, duduk sebelah aku.

Even muka pucat sebab dia cakap dia tak sihat, sebijik Faris kau tau”. Both of us jammed. Aku nekad, nak naik ketuk pintu bilik. I need to know.

Kami naik. Sampai depan bilik, aku ketuk. “Ris, kau buat apa? Aku nak masuk boleh”. Tak bukak. And this one got me, dia jawab, “Maaf, aku bukan Faris ini.

Tapi ku suka rumah kalian, kotor. Kami berasa segar amat”. Aaaa, wait. Kami? Siapa “kami”? Kau seorang je aku nampak. Okay, now aku teringat masa makan tadi aku tegur dia jawab, “Sebentar, rezeki ini kita harus mensyukuri dan berkongsi kenikmatannya”.

Beranikan diri, aku cakap, “Maaf, aku taktau siapa kamu, taktau mana usulmu, tapi sini bukan tempat kamu, sini tempat aku. Tolong jangan ganggu”.

Dengan nada serius dari balik pintu menjawab, “Kalau aku mau jasad kamu, udah ku ambil lagi tadi! Namun tak bisa, ga tau aku kenapa! Kamu pemakai ya?”

Risau, resah bercampur baur. Kawan aku si Ji ni siap pegang tangan lagi, dah macam makwe aku. Padahal dengar suara baru.

Aku gagahi, “Pemakai atau tidak, sini bukan tempat kamu. Macam mana sampai sini? Ini rumah aku. Aku tak izinkan jenis kalian di sini. Dari mana kamu?”

Dengan nada lebih deras dari balik pintu, “Kemari bersama angin! Ngikut si dia ini! Jauh nu dari bukit sana, ga enak! Sini enak!”

Bila tadi si Ji ada kata pasal Faris pergi hiking, okay masuk akal! Ah sudah, si Faris ni bawak balik benda tak elok pulak sampai rumah! Aku menjawab, “Enak atau tidak, sini bukan tempat kamu. Tidak boleh, dan tidak aku izinkan kamu disini. Boleh tinggalkan kami dengan rela hati?”

Disambut dengan hilai tawa seorang perempuan. Aku nak lari, nasib pikir tu rumah sendiri. Then ‘she’ said, “Bisa kamu membuat kami pergi?” disambung lagi dengan hilai tawa si lelaki, and “BAMMM” pintu bilik bagai di hempas. Kali ni kawan aku lari, tinggal aku sendiri.

Buntu, nak dilawan, kurang keilmuan. Aku balas, “Aku yakin kamu tidak jahat sama sekali, tapi kita berbeza duniawi. Tempat kamu bukan disini. Tibanya subuh, jika kamu masih disini, aku janji, dan aku pasti, kamu tidak akan bertemu hari esok lagi”. Sunyi, tanpa sebarang bunyi.

Then dibalas, “Hmm iya benar. Kamu benar. Ga sama kita, cuma pada syahadahnya. Kami bukan ga baik cuman caranya ga benar. Kami pulang, ijinkan kami pulang.”

Wehh, I was like mom I did it! But dalam masa yang sama, resah dia Tuhan je tau.

Aku balas, “Tak apa lah, aku memahami, ini bukan pertama kali bertemu jenis kamu di alam aku ini. Cuma kamu tidak boleh di sini, ini rumah aku, punya aku. Pulanglah ke tempat kamu. Aku halalkan segalanya”. Tanpa sebarang jawapan, aku turun ke ruang tamu. Ji, kawan aku merenung.

“Gila kau ni, sekarang macam mana? Panggil ustaz la halau”. Nada marah campur takut. Aku kata, “Okay dah. Dia nak balik sendiri, nak tengok tak?” Dia start motor, balik. Kawan tak guna.

Aku dengar bunyi pintu bilik, then bunyi anak tangga. Jelas nampak dua susuk tubuh badan turun tangga. “Okay, aku patut lari or lari?”. One old man and old lady coming down from the stairs, look almost the same just like us. Aku disapa, “Makasih atas kesempatan ini”. Aku kaku.

“Cuman, jangan dibiarin gitu lama kotornya, ini harus bersih nak, cegah dari segala ‘kehidupan’ duniawi yang kamu ga mau ketemu lagi”

Aku macam blur but dapat tangkap.

Yea, dulu bukan jenis yang beramal soleh. So rumah bujang aku sangat jarang jadi tempat beribadah. Faham kan.

Sikit sebanyak aku terkesan, and bersyukur, diberi kesedaran dalam keadaan begini, walaupun a bit creepy. Aku balas, “Aku mengerti. Aku cuba untuk tidak ulangi. Maafkan aku, maafkan kawan aku andai terganggu rumah kamu. Sekarang pulang dan keluarlah ikut dari mana kamu datang ya”.

Dan ‘mereka’ berlalu pergi keluar ikut dapur. Even aku kaku berdiri, alhamdulillah tiada apa yang lebih buruk jadi. Thank God, pukul 4 pagi aku borak dengan penghuni berbeza duniawi. Settle, aku text si Faris ni, “KAU BALIK DARI KAMPUNG NI PASTIKAN RUMAH BERSIH!!”

Lesson learned, dimana saja tempat seagama yang berpenghuni, beribadatlah. And, balik dari mana mana kawasan yang tak kita tau apa ada di situ, berdoalah, agar dihindari daripada yang jenis ‘ikut balik ni’.

Ke mana pun kita pergi, ke mana pun kita terokai, remember, it’s not only just us walking on this earth. Sounds like a movie but that’s the real world. Never forget about this.

Doa agar Tuhan jagakan adab, Tuhan jagakan langkah, Tuhan jagakan tutur kata, Tuhan jagakan dia, dia kekasihku, kan tetap milikku, aku sungguh mencintai, sungguh menyayangi setulus hatiku. Tak tak ni lagu.

TERNAYATA LISA BLACKPINK BISA 5 BAHASA SALAH SATUNYA BAHASA INDONESIA





Kredit: says.com via seismik.



No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah