SHOPPE

Gadis Hitam Dan Gemuk Terkejut Ada Lelaki Alim Masuk Meminang. Lihat Apa Terjadi Selepas Itu.....

Share:

Gadis Hitam Dan Gemuk Terkejut Ada Lelaki Alim Masuk Meminang. Lihat Apa Terjadi Selepas Itu.....



Aku pernah ada pengalaman hampir dibunuh oleh seorang lelaki. sejak dari peristiwa itu aku memang agak alergik dengan lelaki. rasa macam tak selamat kalau jumpa mana mana lelaki. ayah aku satu satunya lelaki yang aku percaya dalam hidup.

perangai alergik aku ni terbawa bawa sampailah aku masuk universiti. seboleh mungkin aku akan elak untuk bergaul apatah lagi berkomunikasi dengan mana mana lelaki. sampaikan ada orang yang label aku stok baik. sedangkan hakikatnya aku alergik dengan lelaki.

sampailah satu hari semasa tahun pertama pengajian ada seorang lelaki inbox fb aku. aku tak tahu macam mana dia boleh jumpa fb aku. sebab fb aku hanya untuk kawan kawan perempuan. dia inbox katanya dia kenal aku melalui kawan dia. dia kata ikhlas nak kawan dengan aku. katanya dia tengah mencari calon isteri. aku memang sah sah tak layan

masuk tahun kedua. sekali lagi dia inbox. ulang ayat yang sama. aku memang tak layan lagi. sampailah masuk tahun terakhir. kali ini dia inbox aku. ayat yang masih sama. melihat pada kesungguhan dia aku buat istikharah. tapi aku tak dapat apa apa petunjuk.

aku cuba selidik latar belakang dia melalui kawan aku. dia budak baik. stok surau. budak pengajian agama. aku stalk fb dia pun semua yang baik baik. dengan lafaz bismillah. aku balas mesej dia buat kali pertama. aku cakap kalau betul dia serius minta dia untuk datang jumpa keluarga aku. selepas itu dia terus senyap.

seminggu kemudian. dia minta gambar aku untuk tunjuk pada keluarga dia. aku dah bagi warning awal awal. aku cakap aku ni pendek gemok dan hitam hitam manis. dia kata tak apa. dia tak memandang rupa. dia terima aku seadanya. selepas aku hantar gambar sekeping. sekali lagi dia senyap.

sampailah tiba minggu study week semester kedua akhir. tiba tiba dia inbox aku katanya nak datang rumah merisik. aku cakap kat dia aku tengah study week. minta dia datang selepas aku habis exam. tapi dia kata hanya itu sahaja masa yang keluarga dia ada. dia minta aku pulang ke rumah sebab nak tengok jumpa aku face to face.

aku nak tak nak beritahu keluarga dan segera pulang ke rumah. pagi itu dia datang dengan keluarga. terkejut aku. dia datang dengan deretan kereta mercedes. rupa rupanya dia dari keluarga yang berada. aku jadi segan. sebab aku dari keluarga yang sederhana sahaja. rumah kayu beratap zink.

tapi alhamdulillah. sesi merisik berlalu secara sederhana. dia minta untuk kahwin dalam masa tiga bulan. tapi aku cakap yang aku nak habiskan semester terakhir aku dahulu. jadi kami decide untuk bertunang dahulu.

aku ingin langit cerah sampai ke petang.
tiba tiba lagi dua minggu nak bertunang dia mesej aku. katanya ada perkara penting nak berbincang. aku yang tengah kalut kalut dengan fyp spent kan sedikit masa. aku terkejut bila dia bagitahu nak batalkan pertunangan.

aku kata kenapa tiba tiba. dia bagi alasan tak bersedia. aku cuba pujuk dia jangan batalkan sebab aku fikir family aku. macam mana aku nak bagitahu family aku. aku teringat betapa gembira hati ibu bapa aku bila aku beritahu aku dah belajar untuk buka hati terima lelaki dalam hidup. discuss punya discuss. akhirnya kami setuju untuk tangguhkan dahulu pertunangan.

sejak itu aku makin perasan yang dia semakin berubah. dia banyak menyentuh bab bab fizikal aku.

” awak ni gemuk lah ”

” cubalah lawa sikit ”

” awak ni makan banyak ”

” awak tahu tak saya ni tinggi. awak tu pendek. nanti berdiri awak dekat ketiak saya je ”

mula mula aku terasa hati juga. tapi aku cuba take it positive. aku cuba berdiet. aku cuba pakai produk produk kecantikan. aku belajar pakai high heel. aku beli baju cantik cantik. semuanya demi dia.

dua bulan selepas itu. masa aku tengah kalut kalut prepare untuk viva. dia inbox aku. katanya dia bermimpi bekas kekasih dia. dia ceritakan pasal bekas kekasih dia yang ayu sopan santun tinggi kurus. memang kontra habis dengan aku. masa ni hati aku betul betul terasa. tak ada wanita suka dicomparekan. aku jadi tawar hati.

aku tanya dia kenapa tiba tiba cerita semua benda ni pada aku. siapa aku pada dia. aku ingat dia betul betul bersungguh sebab dia approach aku 3 kali. 4 tahun pulak tuh. tapi jawapan dia mudah je.

” awak ni nothing. saya dulu try awak pun sebab kawan saya cakap awak nih jual mahal dengan lelaki. lagipun saya kawan dengan awak untuk hilangkan bosan saya. dan saya pun tak tahu siapa awak pada saya. saya tak sanggup jadi menantu ayah awak. elok rasanya awak cari orang yang sekufu dengab awak ”

masa itu hati aku betul betul hancur. aku rasa maruah aku dipijak pijak. tapi setitik air mata pun tak jatuh. sebab aku dah janji dengan diri sendiri tak akan menangis untuk cinta manusia.

” terima kasih untuk segala galanya. minta maaf sebab saya tak memenuhi citarasa awak. saya doakan semoga awak sentiasa bahagia ”

lepas aku balas mesej dia. aku block no dia. aku buang semua tentang diri dia. aku bagitahu keluarga. dan aku memang fokus pada viva aku yang berbaki lagi beberapa hari. aku buat buat ok depan semua orang. mujur kawan kawan tak tahu pasal pertunangan aku.

cuma yang aku sedih bila malam sebelum viva tiba tiba adik dia contact aku marah marah aku. katanya kenapa buat abangnya macam itu. aku tak tahu apa yang dia bagitahu pada keluarganya. dan aku pun tak nak ambil tahu. aku cuma telan kemarahan adik dia.

sampailah keesokan harinya selepas aku viva aku terjumpa quote ni ” kalau tak ada bahu untuk bersandar. kita masih ada dahi untuk bersujud ”

aku cepat cepat ambil wudhuk dan solat sunat. selepas solat aku menangis semahu mahunya. aku tak sedar macam mana aku boleh menangis. mungkin sebab aku pendam sorang sorang. perit tapi aku rasa lega sangat sangat selepas menangis..

sejak hari tuh aku jadikan solat sebagai terapi aku. asal rasa lemah aku solat. asal rasa tak tenang aku solat. slow slow aku bangkit balik. aku belajar join usrah. belajar terlibat dengan kerja kerja kebajikan. aku gembira bila tengok orang lain gembira. aku pun start buat bisness kecil kecilan selepas habis belajar.

sampailah satu hari. kak naqibat aku ada sentuh pasal isu maaf dan memaafkan. katanya ” kadang kadang kita maafkan seseorang bukan sebab kita kuat. tapi sebab kita nak hati kita tenang. kita nak balik pada Allah dalam hati yang tenangkan? ”

aku tersentap. tipulah kalau aku boleh maafkan ‘dia’. aku tak kisah sebenarnya aku tak jadi bertunang dengan dia. aku bersyukur sekurang kurangnya benda ini terjadi sebelum aku kahwin dengan dia. cumanya aku terkilan dengan kata kata dia. perbuatan dia.

slow slow aku belajar memaafkan dia. slow slow aku belajar untuk redha. sebelum nih bukan aku tak redha. cumanya aku bizikan diri aku dengan harapan untuk lupakan semua yang terjadi. tapi aku silap. makin aku cuba lupakan makin aku rasa sakit. dan bila aku dah belajar maafkan. aku dapat rasa satu ketenangan yang tak dapat aku gambarkan.

dan mungkin Allah nak uji aku. tiba tiba lima bulan selepas itu aku dapat satu kad jemputan kahwin dari dia. aku pun tak tahu kenapa dia hantar kad kahwin tersebut pada aku. sehinggalah pada hari perkahwinannya baru aku tahu rupa rupanya pengantin perempuan itu adalah classmate pada bestfriend aku semenjak kecik. alahai keciknye dunia.

alhamdulillah. setahun dah berlalu. bisness aku makin berkembang maju. aku pun dah semakin kuat. berat badan aku pun dah makin berkurang. kulit aku pun dah semakin ok. cumanya aku tak mampu buat apa apa dengan ‘ketinggian’aku.

tipulah aku tak kecewa dengan semua yang terjadi. tapi aku bersyukur Allah uji aku sebegini. hikmah dari ujian ini aku mulai rapat dengan Allah. rapat dengan alquran. dan belajar untuk jangan mudah menilai manusia pada luaran.

cumanya aku tak tahu bila aku akan buka balik hati aku. atau mungkin tak akan terbuka sampai bila bila. sebab aku dah cukup selesa sebegini. ada bisness untuk tampung family. ada sahabat usrah yang sentiasa ingatkan aku tentang perkara perkara kebaikan. ada keluarga yang sentiasa ada dengan aku susah dan senang.

doakan aku dapat bawa ibu bapa dan keluarga aku menunaikan haji ke mekah yer semua

Suami Idaman Wanita - Ustaz Fawwaz Mohd Jan




– unknown via iiumc

#krt
#kisahrumahtangga

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah