SHOPPE

Biodata Dan Profile Lengkap Octovia Manrose Sepupu Kepada Uqasha Senrose

Share:

Biodata Dan Profile Lengkap Octovia Manrose Sepupu Kepada Uqasha Senrose


Ramai yang belum kenal lagi dengan pelakon cantik Octovia Manrose. Beliau begitu senonim dengan drama bersiri Bercakap Dengan Jin karya Tamar Jalis.

Wan Syamira Putri Octovia Binti Wan Syahman atau lebih dikenali sebagai Octovia Manrose (juga disebut Oktovia Manrose; lahir 29 Oktober 1991) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.

Beliau merupakan anak kepada pasangan penyanyi dangdut terkenal, Iwan dan pelakon Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor. Adiknya, Aprena Manrose juga merupakan seorang pelakon.

Biodata Dan Profile Lengkap Octovia Manrose

Kelahiran

Wan Syamira Putri Octovia Binti Wan Syahman
29 Oktober 1991 (umur 27)
Kuala Lumpur, Malaysia

Pekerjaan

Pelakon, model

Tahun aktif

2015–kini

Pasangan

Mohd. Izat Abdul Rahman
Berkahwin pada 2011
Bercerai pada 2015

Anak

Muhammad Rayyan Zulkarnain

Ibu bapa

Iwan Syahman (Bapa)
Rosnah Mohd Noor (Ibu)

Saudara-Mara

Ramada Manrose (Abang Kandung)
Aprena Manrose (Adik Kandung)
Nelissa Senrose (Sepupu Belah Ibu)
Uqasha Senrose (Sepupu Belah Ibu)
Nelydia Senrose (Sepupu Belah Ibu)
Raysha Rizrose (Sepupu Belah Ibu)
Danitra Rizrose (Sepupu Belah Ibu)
Qirana Rizrose (Sepupu Belah Ibu)
Arjuna Rizrose (Sepupu Belah Ibu)

Keluarga

Rosmizai Mohd Noor (Ibu Saudara)

Media Sosial Octovia Manrose

Instagram Octovia Manrose
Facebook Octovia Manrose

Kehidupan Awal Octovia Manrose

Beliau dilahirkan pada Selasa 29 Oktober 1991 Masihi bersamaan 20 Rabitul Akhir 1412 Hijrah di Kuala Lumpur kepada ibu bapanya, Iwan Syahman yang merupakan penyanyi dangdut terkenal era 90-an dan Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor, pelakon terkenal era 80-an.

Beliau merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Abang sulungnya ialah Ramada Manrose dan adiknya ialah Aprena Manrose, juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Kerjaya Octovia Manrose

Mengikut jejak langkah sepupunya, Nelydia dan Uqasha Senrose yang terlebih dahulu bergiat aktif dalam bidang lakonan, Octovia menerima pendedahan awal dalam bidang lakonan menerusi peranan kecil dalam drama Cinta Si Wedding Planner yang dibintangi oleh Adi Putra dan Mira Filzah.

Beliau berlakon di samping Nabila Huda dan Ungku Ismail Aziz dalam drama Dendam Aurora; Octovia memegang watak sebagai Hanna. Beliau juga pernah muncul dalam beberapa episod drama Gerak Khas. Beliau berlakon di samping sepupunya, Nelydia Senrose yang bergandingan dengan Addy Ashraf dalam drama Cinta Tiada Ganti, yang diadaptasi dari telenovela Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas. Octovia memegang watak sebagai Fatin.

Octovia membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi filem Minah Moto (2017) arahan Ahmad Idham lakonan Dayana Roza; beliau memegang watak Aju.

Kehidupan Peribadi Octovia Manrose

Octovia berkahwin dengan Mohd Izat Abd. Rahman pada 23 Februari 2011 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain (lahir 23 Disember 2011). Octovia dan Mohd Izat memfailkan perceraian mereka pada 2015.[2] Pada 27 Februari 2019, Octovia dikaitkan mempunyai hubungan dengan Aliff Aziz.

Filem Lakonan Octovia Manrose

2017 Minah Moto Aju

Drama Filem Lakonan Octovia Manrose

2015 Cinta Si Wedding Planner

2016 Biar Aku Jadi Penunggu Hayati
2016        Hajah Heathrow Kembali
2016        Umairah

2017 Encik Suami Mat Salih Celup
2017       Dendam Aurora
2017       Gerak Khas (Musim 17)

2018 Cinta Tiada Ganti Fatin

2019 Setelah Cinta Itu Pergi

Telefilem Lakonan Octovia Manrose

2016 Tercipta Untukku

2017 Tangisan Kubur

2018 Adakah Aku Bersalah
2018        Abang Kandung

Gambar-Gambar Terkini Octovia Manrose Yang Cantik Dan Seksi










MABUK DI KELAB MALAM, OCTAVIA MANROSE PUJUK ALIFF AZIZ BACK TO ALLAH?




Sumber : Azhan dan Wikipedia
.
#octovia
#octoviamanrose


No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah