SHOPPE

Biodata Dan Profile Lengkap Intan Ladyana Yang Cantik

Share:

Biodata Dan Profile Lengkap Intan Ladyana Yang Cantik


Masih ingat lagi dengan selebriti wanita ini? Intan Ladyana agak lama menghilang. Ramai peminat merindui kelibat beliau di layar perak. Ikuti serba sedikit tentang biodata dan profile lengkap Intan Ladyana.

Intan Nurladyana binti Mohamat Yahaya atau lebih dikenali sebagai Intan Ladyana (lahir 2 Jun 1982) merupakan seorang model, pelakon, dan pengacara di Malaysia.

Beliau mula dikenali ramai melalui drama Puteri yang disiarkan di TV3. Selain itu, Intan juga terkenal dengan filem-filem lakonannya termasuk Tipah Tertipu The Movie (2006), Jangan Pandang Belakang (2007), Adnan Sempit (2010-14) dan Banglo Berkunci (2015).

Biodata Dan Profile Lengkap Intan Ladyana


  • Nama Sebenar       Intan Nurladyana binti Mohamat Yahaya
  • Umur                     37 Tahun (2019)
  • Tarikh Lahir          2 Jun 1982   
  • Zodiac                    Gemini
  • Tinggi                    5' 4"
  • Berat                      43 Kg
  • Agama                   Islam
  • Bangsa                   Melayu
  • Kelahiran        Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
  • Kediaman        Kuala Lumpur
  • Pekerjaan        Model, pelakon, pengacara
  • Tahun aktif       2006–kini

Media Sosila Intan Ladyana



Kehidupan Awal Intan Ladyana 

Intan Ladyana dilahirkan di Petaling Jaya, Selangor dan dibesarkan di Kuala Lumpur.

Beliau merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan berdarah kacukan Melayu dan Siam.

Intan merupakan penuntut dalam jurusan undang-undang di United Kingdom. Beliau pernah menetap di Budapest, Hungary selama enam bulan.

Kerjaya Intan Ladyana 

Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang pemodelan pada usia 23 tahun dengan menyertai Pusingan Kedua Pencarian Dewi Remaja 2005/06 dan terpilih menjadi penghias muka depan majalah Remaja edisi keluaran 15 Jun 2005.

Intan membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Tipah Tertipu The Movie (2006) lakonan kumpulan Ruffedge arahan pelakon bertukar pengarah Ahmad Idham.

Beliau membintangi filem ini tanpa dirancang apabila agensi pemodelan yang disertainya memintanya menghadiri uji bakat. Drama pertama lakonannya ialah Jelatang bersama Ryzal Jaafar yang bersiaran di Slot Lestary TV3.

Pada 5 April 2007, beliau berlakon bersama Pierre Andre dalam filem seram Jangan Pandang Belakang arahan Idham yang mana beliau memegang watak pasangan kembar perempuan, Rose dan Seri.

Filem ini merupakan kejayaan komersial dan mendapat sambutan, sekaligus menjadi filem Malaysia pertama yang ditayangkan di Filipina.

Pada 2010, Intan sekali lagi berlakon di bawah arahan Idham menerusi filem aksi komedi pecah panggung, Adnan Sempit bersama Shaheizy Sam dan Yana Samsudin, yang mana beliau memegang watak sebagai Nadia.

Kejayaan filem ini membawa kepada penghasilan tiga filem susulan - Adnan Sempit 2 (2012), Adnan Sempit 3 (2013) dan Adnan Sempit Sawadikap (2014).

Intan kembali menjayakan watak sebagai Riana dalam drama Bini-Bini Perkasa, yang diadaptasi dari filem Bini-Biniku Gangster lakonannya; beliau kembali digandingkan bersama Yana Samsudin, drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Aksi TV3 bermula 3 September 2012.

Pada 2014, beliau melakonan watak Seri Umairah dalam drama Jika Itu Takdirku bersama Shah Iskandar yang bersiaran di Slot Samarinda di TV3.

Selain menjadi pelakon, Intan juga merupakan jurucakap bagi produk kecantikan Shurah.

Kehidupan Peribadi Intan Ladyana 

Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan jurulatih kecergasan, Kevin Zahri dan juga pelakon, Kamal Adli.


Filem-Filem Lakonan Intan Ladyana 

2006 Tipah Tertipu The Movie
2007 Jangan Pandang Belakang
2008 I'm Not Single

2010 Adnan Sempit
               V3: Samseng Jalanan

2011       Kembar Siang
               Flat 3A
               Bini-Biniku Gangster

2012 Adnan Sempit 2
                X
                Halim Munan
                Apa Celop Toqq...

2013 Pada Suatu Cinta Dahulu
                Kecoh Hantu Raya Tok Chai
                Adnan Sempit 3
                Aku Pilih Kamu
2014 Adnan Sempit Sawadikap

2015 Abang Lejen
                Hantu Bungkus Ikat Tepi
                Banglo Berkunci

Drama-Drama Lakonan Intan Ladyana 

2005 Puteri
2007 Jelatang
2008 Sutera Maya
2009 Suria Kasandra
2009 Bio-Nik
2009 Jangan Pandang Belakang The Series
2010 Sepuluh
2012 Bini-Bini Perkasa
2013 Dewi Lasak
               Tanah Kubur (Musim 4)

2014 Jika Itu Takdirku
2015 Quddus
2017 Semusim Rindu
                Dia

Telefilem-Telefilem Lakonan Intan Ladyana 

2008 Taxi Driver
2009 Puaka Topeng Putih
                Naik Hantu
                Kekasihku Is Setan
               Tuah Kembali

2010 Denai Berbisik
2011 Tunang Pak Lang Drebar Pak Lang
2012 Diari Suami 9 Bulan
                Blueberry Cafe

2013        7 Dulang Asam Pedas

Aktivisme

Pada April 2012, Intan bersama-sama dengan Nazim Othman, Fizo Omar, Zoey Rahman, Aiman Hakim Ridza dan Neelofa sebagai Ikon Young Biz untuk Oxford Centre for Excellence (OXCELL).

Menurut OXCELL, "Pemilihan enam ikon ini adalah berdasarkan kejayaan akademik dan pembangunan kerjaya dalam bidang seni'. Melalui program ini, ikon selebriti akan berkongsi pengalaman mereka sepanjang terlibat dalam dunia perniagaan dan bidang seni."

Gambar-Gambar Intan Ladyana Yang Hot















Masih aktif berlakon - Intan Ladyana



Sumber : wikipedia,instagram
.
#intan
#intanladyana



No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah