SHOPPE

Inilah 5 Fakta Menarik Tentang Rara Ahli Politik Yang Paling Cantik

Share:

Inilah 5 Fakta Menarik Tentang Rara Ahli Politik Yang Paling Cantik


Nama Rara atau nama sebenar Young Syefura Othman menjadi hangat setelah menyertai DAP dan menjadi ahli seumur hidup parti berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman atau Rara yang bertanding dalam PRU14 yang lepas telah mencuri tumpuan masyarakat berikutan rupa parasnya yang menawan dengan penampilan bertudung.


Menurut satu laporan dari Sos Cili, sebelum menyertai politik, Rara sendiri cukup terkenal dan mempunyai kira-kira 5,000 pengikut di Instagram dan 7,000 di Twitter, dan gambarnya diedarkan secara meluas semasa Bersih 3.0, dan dari situ dia dapat nama panggilan ‘Puteri Bersih’.


Tidak keterlaluan jika kami di Hangat.com katakan, Rara antara calon wanita bertudung yang paling jelita bertanding untuk PRU14. Tak percaya? Jom lihat foto-foto pesona Rara dan sedikit info tentang wanita jelita ini.

Rara Memilih DAP


Rara mula menjadi bualan hangat berikutan keputusannya untuk menjadi ahli seumur hidup parti DAP pada tahun 2013. Orang ramai memberikan pelbagai reaksi terhadap wanita muda yang tampil dengan imej bertudung itu mengenai keputusannya memilih DAP, parti yang lebih sinomim dengan kaum Cina.

Matlamat Rara Dalam Parti


Anak keenam daripada tujuh beradik itu berkata, salah satu matlamatnya dalam parti itu adalah untuk menarik lebih ramai Melayu supaya stigma DAP hanya khusus kepada parti Cina dapat dihakis.

Rara Merupakan Lulusan Diploma


Anak jati kelahiran Setiawan, Perak ini pelajar lulusan diploma dalam bidang kejururawatan.

Perjuangan Rara Dalam DAP


Antara isu yang diperjuangkan oleh Rara dalam arena politik adalah lebih kepada isu gelandangan dan ibu tunggal.


Perkahwinan Rara


Rara bergelar isteri kepada pengurus pelaburan, Muhamad Masyhur Abdullah di mana mereka melangsungkan pernikahan pada September 2016.

Mengenai perkembangan terbaru, Rara telah sah bercerai talak satu pada 7 Mac 2019. Dipetik dari Utusan, Hakim Mahkamah Syarie, Mohd. Saifullah Hamzah yang merekodkan lafaz tersebut memerintahkan ADUN berkenaan beridah selama tiga kali suci, dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Gambar-Gambar Rara Yang Hot












YB Rara Cerai Talak Satu




Sumber : Hangat, Instagram Young Syefura

1 comment:

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah