SHOPPE

Punca Sebenar Isteri Lari Bersama Lelaki India Yang Kena Belasah Dengan Orang Ramai

Share:

Punca Sebenar Isteri Lari Bersama Lelaki India Yang Kena Belasah Dengan Orang Ramai


SEORANG lelaki yang dipercayai menjalin hubungan dengan isteri orang cedera dipukul selepas ‘kantoi’ dengan suami wanita berkenaan, ketika mereka berada dalam kenderaan di hadapan sebuah bank di pekan Kuala Besut di Jertih, hari ini.

Rakaman video berdurasi dua minit 50 saat mengenai kejadian dan kekecohan pada 1.45 tengah hari itu tular di laman sosial sejak petang hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku apabila suami wanita berkenaan dikatakan menangkap pasangan itu ketika mereka berada di dalam kenderaan di hadapan bank terbabit.

Beberapa lelaki dipercayai orang awam yang berada di lokasi kejadian turut berang dengan kejadian itu sebelum menarik lelaki berkenaan keluar dari kereta dipercayai milik wanita itu.

Dalam rakaman video itu, lelaki berkenaan dise pak, diten dang dan dipu kul di bahagian badan dan kaki oleh beberapa lelaki, selain ditum buk dan ditam par di muka.

Mangsa berusia 30-an mengaku mengenali wanita berkenaan di laman sosial Facebook dan bertemu di pekan Kuala Besut hari ini.

Lelaki berkenaan yang datang dari Kuala Lumpur mendakwa tidak mengetahui status wanita berkenaan sebagai isteri orang, sebaliknya memaklumkan kononnya wanita itu mengaku berstatus janda.

Wanita berkenaan turut dilihat menjerit dan cuba mempertahankan lelaki berkenaan dengan melindunginya daripada dipukul beberapa kali, menyebabkannya turut terkena pu kulan sehingga akhirnya le mah dan tersem bam ke atas jalan.

Kejadian menyebabkan kawasan persekitaran bank berkenaan kecoh dan dikerumuni orang ramai yang menyaksikan kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, wanita dan lelaki berkenaan dibawa orang awam ke Balai Polis Kuala Besut sejurus kejadian, bagaimanapun tiada sebarang laporan dibuat.

SEBAB KENAPA WANITA INI LARI BERSAMA LELAKI INDIA 

“Memang mereka dibawa ke balai, namun tiada sebarang laporan polis dibuat oleh kedua-dua mangsa yang dipukul atau suami wanita berkenaan mengenai kejadian.

“Mengikut rekod kami, wanita berkenaan mempunyai masalah rumah tangga dan sebelum ini pernah membuat laporan polis berkaitan kes keganasan rumah tangga,” katanya.

Antara komen netzen.

Siti Mazlina Salleh – Lepas2 aje la bini tu.. bini xndak dah kat kau.. laporan keganasan rumah tgga pun dah ada, ternyata kau jantan tu x guna,pukul pulak berjemaah…yg aku benggang tu,napa jantan2 lain yg turut belasah lelaki tu..bini kau ker..wehhhh tu bkn bawak lari bini tau, bini kau yg melarikan diri, ‘jantan’ tu tolong perbetul balik statement kau tu..

Napa jantan laki kau tu xbuat report,takut le tuuu dah tau d yg salah… kalau report,lumat la kau,dgn yg pakai kain pelikat tu pun terbang masuk lokap..

Shahrina Hannie – ..Malaysia ada undang2…bukan simply nak pukul…Lagi pun ni masalah rumahtangga…biarlah suaminya yg selesaikan..organg awam yg x berkenaan pg pukul lelaki tu …kenapa…Agama islam x mengajar kita keganasan. .Lagi pun kita x tahu masalah mereka…suaminya tu dah tahu isterinya curang ..pglah mahkamah syariah…mengadu permasalahan..ajak caunselling…bila satu dunia dah tahu…kan malukan diri sendiri dan keluarga….mcm2 ragam manusia ni…sebagai orang awam sepatutnya tidak boleh bertindak mcm tu…serahkan pada pihak yg berkuasa berkuasa.

Sheikal Abdullah – Tak kisah lah apa pun puncanya…yg takda berkenaan tu pergi pukul mereka kenapa dan yg orang awam perempuan tengok ajer lelaki pun sama…inilah kebanggaan orang melayu…..entah apa2.

Mohd Nazrul – lepas je..lah pompuan tu….tak payah simpan…gugur terus dengan talak 3……lagi pun pukeknya dah kena jamah orang….itulah pesan orang tua2…nak cari bakal isteri carilah prempuan jangan cari betina……inilah akibatnya kalau jadikan betina sebagai isteri…😆😆😆

Meriah Cely – Astagfirullahaazim dayus betol lelaki gemok tu napo yg gi msuk cpur hal klga ore tu klu benar mereka saloh pangil polis gi situ abih cerito ni duk suroh ore terajang tumbok ke lelaki tu bakpo..nok tunjuk bijok sangat baik caro anok bini dumoh tu lgi molek..siasat dulu dgn caro molek ni kes rumoh tango bakpo yg main katok ore gitu semo..bakpo la wanita selalu jdi mangsa keganasan lelaki.Nauzubillah..

Klip Video Kejadian Tersebut




Sumber Artikel : HMETRO ONLINE


No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah