Featured Post Today
print this page
Latest Post

5 Gambar Terbaru Normala Samsudin Setelah Sekian Lama Menyepi Yang Pasti MENGEJUTKAN Anda SEMUA!!.. MAINTAIN BEB...

5 Gambar Terbaru Normala Samsudin Setelah Sekian Lama Menyepi Yang Pasti MENGEJUTKAN Anda SEMUA!!.. MAINTAIN BEB...

dtrim murah
Normala Samsudin telah hadir ke satu majlis rakaman program Nona bersempena sambutan ulang tahun ke-30 program Nona di Grand Duchess Fraser Place, Kuala Lumpur.

Normala Samsudin kini berumur 51 tahun namun kecantikkan masih lagi terpacar diwajahnya. Selain itu, Normala Samsudin juga kini telah berhijab sepenuhnya.

Namun, Normala Samsudin akui gembira dengan kehidupannya yang sekarang sebagai isteri kepada ahli politik Dato Sri Azmi Khalid yang merupakan ahli parlimen Padang Besar, Perlis.

Mengikut suaminya, Normala samsudin juga kini menetap di Perlis dan hanya sekali sekala turun ke Kuala Lumpur.

Wanita jelita ini juga tidak mahu lagi terbabit dalam industri hiburan sebagai pengacara ataupun pelakon.

Ini komen Normala tentang kehidupannya sekarang:

"Alhamdulillah saya gembira dengan kehidupan sekarang sebagai suri rumah dan langsung tidak rindu atau memasang impian untuk kembali semula dalam industri.

"Saya kini menetap di Perlis tetapi sekali-sekala akan turun ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mengikut suami. Selebihnya tiada apa yang menarik cuma aktiviti saya kebanyakkannya lebih kepada menguruskan rumah tangga seperti kebanyakkan wanita lain,"

Jom lihat gambar terkini Normala Samsudin:




dtrim murah

dtrim murah

dtrim murah




-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  dongibapkipidap




0 comments

Kolam Renang Kaca Pertama Di Dunia Yang Menghubungkan Dua Buah Apartment

Kolam Renang Kaca Pertama Di Dunia Yang Menghubungkan Dua Buah Apartment

dtrim murah

Kompleks apartment megah di Embassy Gardens, England akan menyaksikan sebuah penciptaan dan pembinaan yang sungguh unik dan berinovasi. Sebuah kolam renang akan dibina di ketinggian 115 kaki (35 meter).

Kolam renang di puncak sebuah bangunan mungkin perkara yang biasa. Tapi yang ini amat berbeza  kerana kolam renang itu tidak berada di puncak satu bangunan sahaja malah ianya dibina seperti jambatan yang menghubungkan dua bangunan.

dtrim murah

Embassy Gardens di Battersea, London akan menjadi kediaman mewah bagi 2000 orang penghuninya. Penthouse di sini dijual bermula dengan harga  £602,000.

Ballymore dan Eco World, merupakan syarikat yang bertangungjawab bagi membangunkan projek ini  dan kolam renang unik ini akan diberi nama ‘Sky Pool’.




Dari gambar ilustrasinya,  kolam renang itu diperbuat dari kaca “transparent” dengan sepanjang 25 meter, lebar lima meter dan dalamnya tiga meter.

‘Sky Deck’  yang akan di bina di  puncak bangunan akan memiliki spa, bar dan tempat untuk penghuni bersantai.

Sean Mulryan,  CEO Ballymore Group, menyatakan projek ini adalah sangat hebat dan unik.

“Berenang di kolam ini membuatkan anda seperti terapung di udara  Kota London,” katanya.

Projek ini akan bermula pada bulan September nanti.

Pergh, “awesome” kan?




-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  sajakongsi




0 comments

Mengapa Kita Lambat Bertemu Jodoh?

Mengapa Kita Lambat Bertemu Jodoh?

Mengapa kita lambat bertemu jodoh? Menurut satu artikel yang saya baca, ada 6 faktor mengapa kita masih tidak bertemu jodoh. Berikut ini saya kongsikan artikel tersebut. Semoga ada manfaat.

dtrim murah

Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh? Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:

1. Usaha Belum Sempurna
“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.

Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh?

Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.

2. Belum Benar-benar Bersedia
“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.

Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.

Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.




3. Tiada Daya Penarik
“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.

Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.

“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.

4. Doa Tidak Makbul
“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.

5. Restu Ibu Bapa Belum Total
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.

Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.

6. Faktor Metafizikal
“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.

Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.

Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”



-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  feryco




0 comments

Sejam Meraung Sebelum Ajal

BANGI 16 Jan. – “Abang Yan, tolong. Saya sakit, haus”.


Sejam Meraung Sebelum Ajal

Mangsa Meraung Lebih Sejam Minta Tolong Sebelum Meninggal Dunia:

“Abang Yan, tolong. Saya sakit, haus”.


dtrim murah

Itulah teriakan sakit mangsa kemalangan tragis, Hasna Jawahir, 41, memanggil abang sulungnya, Jamiran Jawahir, 50, semasa tersepit dalam kereta selama lebih satu jam.

Operator pengeluaran kilang itu terlibat dalam kemalangan selepas kereta yang dipandunya dirempuh sebuah lori 10 tan ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di simpang tiga Jalan Besar, Pekan Bangi Lama, di sini pagi ini.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya di Kampung Rinching Hilir, dekat sini.

Menurut abang sepupunya, Abdul Rahim Mat Som, 53, selepas pihak bomba memaklumkan keja­dian itu, beberapa ahli keluarga termasuk suami dan anak sulung mang­sa bergegas ke tempat kejadian.


“Saya terdiam seribu bahasa melihat anak arwah meraung-raung memanggil ibunya namun ditenangkan oleh ahli keluarga lain.

“Ketika kejadian, mangsa hanya menjerit kesakitan serta memanggil abang sulungnya, Jamiran,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Kejadian menyayat hati itu berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi semasa mangsa memandu kereta jenis Proton Iswara Aeroback untuk pulang selepas waktu kerjanya tamat.

Semasa tiba di tempat kejadian, Hasna yang memberhentikan kenderaannya di persimpangan lampu isyarat dirempuh dan diseret sebuah lori 10 tan yang membawa muatan batu.

Tidak cukup dengan itu, pemandu lori dikatakan gagal memberhentikan kenderaannya lalu merempuh tiga lagi kenderaan lain yang turut berhenti menunggu lampu isyarat.

Akibat rempuhan tersebut, mangsa tersepit di kerusi pemandu selama lebih sejam sebelum berjaya dikeluarkan pasukan Bomba dan Penyelamat.

Bagaimanapun, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia kira-kira dua jam selepas itu ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang, dekat sini.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pemandu lori yang da­tang dari arah Jalan Bangi-Semenyih itu dipercayai gagal menga­wal kenderaanya sebelum terbabas ke Jalan Bangi Lama lalu merempuh kereta yang dipandu Hasna.

“Lori berkenaan turut menghe­ret kenderaan mangsa dan kemudiannya mengenai tiga lagi ken­deraan lain yang berada di kawasan berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah jurucakap itu, akibat rempuhan, mangsa terperosok di bawah lori dan mangsa tersepit di kerusi pemandu.

“Orang ramai yang berada di lokasi kejadian berjaya mengeluarkan pemandu sebuah lagi kereta dan membantu mangsa lain. Namun mereka gagal menyelamatkan Hasna yang terperosok.


“Usaha menyelamatkan wanita itu kemudian dilakukan pasukan bomba. Dengan bantuan kren, bomba dapat mengangkat lori 10 tan berkenaan sebelum berjaya mengeluarkan mangsa pada kira-kira pukul 8.47 pagi

Jurucakap itu berkata, kes itu kini disiasat mengikut Sek.41 (1)(A) Akta Penangkutan Jalan 1987.


Abdul Rahim berkata, dia dan keluarga menganggap kejadian tersebut sebagai takdir.

“Walaupun Hasna berjaya di­selamatkan namun, Tuhan lebih menyanyangi dia.

“Cuma saya agak menjadi pilu apabila mengenangkan nasib anak-anak saudara saya selepas ini,” jelasnya.

Mangsa meninggalkan tiga orang anak iaitu Mohd Hariz Hafiz, 21; Afizan Hafiz, 11, dan Aina Hafiz, 5.




dtrim murah

dtrim murah

dtrim murah





-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  qasyahfulmalayworld




0 comments

Ungkapan Jujur yang Menghancurkan Hati Istri

Ungkapan Jujur yang Menghancurkan Hati Istri

dtrim murah

Wahai para suami, hati-hatilah dalam berkomunikasi terhadap wanita yang telah mendampingimu selama ini. Mereka adalah bidadari berhati lembut. Telinganya peka, hatinya mudah tersentuh. Sebuah kalimat yang bisa jadi amat biasa bagimu, akan bermakna sangat besar bagi istrimu. Pun, jika kalimat itu merupakan ungkapan kejujuran, jika disampaikan pada saat yang tidak tepat, kalimat itu bisa langsung menghancurkan hatinya, berkeping-keping.

Malam itu, sang istri mencoba berkomunikasi dengan suaminya. Dalam kondisi terbaik, saat keduanya berada di kamar dan ranjang yang sama. Tak ada yang lain, kecuali embusan nafas dua insan yang kala itu hanya saling diam dan sesekali menatap. Di kamar itulah, keduanya biasa saling bertukar pendapat dan berbagi aneka rupa soalan kehidupan sehari-hari hingga bincang-bincang terkait masa depan.

Ketika kedua matanya bersitatap itulah, sang istri mencoba membuka wacana, “Mas, aku ingin bicara.” Sang suami yang berbadan besar itu pun memberi sinyal melalui matanya, “Silakan sampaikan.”

Kemudian, sang istri pun mengisahkan kegalauannya akhir-akhir ini. Bermula dari perubahan sang suami yang mulai tak peduli, jarang bahkan tak pernah membagi nafkah, hingga intensitas hubungan ‘ranjang’ yang mulai berkurang. Bahkan, beberapa waktu terakhir, saat sang istri ‘memintanya’, sang suami yang biasanya bersemangat itu menolak, tanpa keterangan.




Lalu, saat sang istri belum kelar menyampaikan keluhannya, sebuah kalimat serasa menusuk ulu hatinya. Bahkan, meski kalimat itu jujur adanya, ianya bagai sebuah benda keras yang menghancur leburkan hati sang istri. “Aku,” jawab sang suami tanpa belaskasihan, “sudah bosan berhubungan denganmu.”

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Sahabat, ini bukan fiksi. Nyata. Banyak di antara kita yang mengalami hal ini. Entah bagaimana pun kadarnya. Sebab memang, bosan itu satu di antara sekian banyaknya karakter manusia yang tak bisa dihindari. Manusiawi.

Jika memang manusiawi, apa salahnya jika diungkapkan? Justru karena diungkapkan itulah, sebuah kalimat kejujuran mampu menghancurkan hati pasangan hidup yang sebelumnya kita puja setengah mati itu.

Bijaknya, bicarakan dengan baik dengan kalimat yang santun. Jika memang tak kuasa, tiada salahnya berdiskusi dengan ahlinya. Jangan sampai, makna bosan ini benar-benar dialami karena seorang suami tak lagi berhajat dengan istrinya yang telah berubah; tak bertambah cantik, badan semakin lebar dan bengkak, kuliat memudar cahayanya, rambut mulai bertambah warna, dan sebagainya.

Jika niat baik menjalin komunikasi menjadi dasarnya, insya Allah ada begitu banyak jalan yang bisa diupayakan. Namun, ketika kalimat tak beradab itu yang Anda lontarkan, percayalah bahwa hati istri Anda itu telah hancur berkeping-keping. Dan, amat susah untuk kembali pulih seperti sedia kala.

Maka, berhati-hatilah wahai para suami… [Pirman/Keluargacinta]




-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  keluargacinta




0 comments

Berbakat Bermain Ukelele, Anda Pasti terkejut Bila tahu Ini Anak Siapa (3 foto)

Berbakat Bermain Ukelele, Anda Pasti terkejut Bila tahu Ini Anak Siapa (3 foto)

Kanak-kanak comel ini menunjukkan bakat bermain ukelee, anda pasti terkejut bila tahu siapa parents budak comel ini.

dtrim murah

Anaqi merupakan anak sulung pasangan Shera Aiyob dan Zahril Adzim.

Berusia 2 tahun, gelagat comel Anaqi mendapat perhatian kami apabila Shera Aiyob berkongsi telatahnya di instagram.




dtrim murah

dtrim murah




-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mviralnews




0 comments

Gambar fesyen pelik Didie Alias di Anugerah Lawak Warna 2015 amat mengejutkan ramai

Gambar fesyen pelik Didie Alias di Anugerah Lawak Warna 2015 amat mengejutkan ramai

Pada malam tadi, telah berlangsung majlis Anugerah Lawak Warna 2015 (ALW 2015). Dalam majlis yang cukup gemilang itu, ramai juga barisan artis yang turut hadir memeriahkan lagu malama anugerah tersebut.

dtrim murah

Malah kumpulan Zero juga hadir dan turut membawa ibu mereka sekali.

ALW 2015 bersiaran langsung dari Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134). Selain itu, anugerah ini juga menampilkan Dato AC Mizal bergandingan bersama Sherry Alhadad dan Zulin Aziz selaku peneraju acara.

Tema tahun ini ialah celebration patutlah meriah belaka pakaian artis dan pastinya Didie Alias bakal menarik perhatian.Kami kongsikan gambar karpet merah barisan artis yang turut hadir pada malam ini. Enjoice!




dtrim murah

dtrim murah

dtrim murah

dtrim murah

dtrim murah

dtrim murah

dtrim murah

dtrim murah

dtrim murah

dtrim murah




-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  bulletinmedia




0 comments

SERAM!! Penampakan Lembaga Semasa Photoshoot Pengantin Di Kepala Keretapi Lama Gemas !!!

SERAM!! Penampakan Lembaga Semasa Photoshoot Pengantin Di Kepala Keretapi Lama Gemas !!!

dtrim murah

Jika sebelum ini kami ada menulis artikel tentang satu entiti atau lembaga ganjil yang memerhatikan satu kemalangan maut di Lebuhraya Pantai Timur, satu lagi kejadian yang serupa kami terima yang mungkin petanda yang bukan manusia sahaja yang menghuni alam ni ada lagi makhluk lain yang turut menghuninya.%$%

Gambar yang akan di siarkan ini merupakan penampakan lembaga ketika pengirim yang merupakan seorang photographer sedang menjalankan photoshoot outdoor untuk pengantin di Gemas, Negeri Sembilan. Kemunculan lembaga ini ketika menjelang waktu Maghrib di kawasan gerabak kepala keretapi lama.

Asalamualaikum, admin Oh! Media. Ni saya nak share pasal kisah penampakan lembaga masa saya photoshoot outdoor untuk pengantin dekat gemas, n9.. Kalau boleh blur muka pengantin pon ok. Pengantin dah izinkan share. Just nak bagitahu kat kawasan Gemas lokasi kejadian penampakan tu dekat dalam gerabak kepala keretapi yang dah lama terbiar. Sekadar berkongsi je. Saya pon tak perasan gambar yang diambil dari smartphone ni. Pengantin yang tegur masa nak buat picture profile sebab masa kat lokasi 4 orang saja dalam kepala keretapi tu. Pembantu saya ada di belakang. Jadi? Pengantin naik selepas tu. Waktu kejadian ketika waktu Maghrib hampir tiba..




Beriman atau mempercayai tentang adanya makhluk makhluk halus dan hal-hal yang ghaib seperti ini adalah di antara ciri-ciri mukmin yang bertakwa kepada Allah s.w.t. Dalam Surah al-Baqarah ayat 2 hingga 4 tersebut firman Allah s.w.t.:

“AI-Quran itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.”

Di antara hikmat diciptakan makhluk-makhluk halus ialah:

i. Untuk memperkuat iman seseorang kepada Allah s.w.t., menyakinkan tentang kebesaran dan keagungan llahi. Di samping kejadian manusia yang dapat dilihat dengan mata kasar, Allah s.w.t. berkuasa mencipta makhluk-makhluk halus yang asal kejadiannya serta hakikat hidupnya begitu berbeza dengan manusia. Semua ini merupakan tanda-tanda keagungan Allah s.w.t.

ii. Agar manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh yang tidak nampak, yang sentiasa berazam dan berusaha untuk menyesatkan manusia.

iii. Untuk menguji iman manusia, setakat mana manusia dapat menggunakan akal fikiran dan anggota tubuh badan dengan bijaksana dan tidak terpesona dengan tipu helah pujukan syaitan.

iv. Hanya dengan adanya dugaan, kekuatan iman seseorang itu akan diketahui.

v. Di samping kewujudan makhluk-makhluk halus yang jahat, seseorang yang beriman akan terus merasa yakin tentang adanya pertolongan Allah. Allah s.w.t. mengadakan para malaikat yang sentiasa meminta rahmat dari Allah s.w.t. untuk manusia.

Kita sebagai manusia yang juga makhluk di muka bumi ini sememangnya berkongsi Bumi Allah ini dengan banyak lagi makhluk samaada boleh di lihat ataupun yang terselindung (ghaib/halus). Hal tersebut sememangnya ada dinyatakan di dalam Al-Quran dan hadith. Jangan takut-takut ye, di makhluk Allah juga. Jom Layan.-ohmedia



-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  hebatsungguh15




0 comments

Ringgit jatuh: Permaisuri Johor tawar bantuan warga Malaysia di UK

Ringgit jatuh: Permaisuri Johor tawar bantuan warga Malaysia di UK

Kejatuhan matawang Ringgit mendapat perhatian Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris Shah.

dtrim murah

Dalam status yang dimuat naik di laman Facebook, Baginda khuatir dengan nasib rakyat Malaysia yang menyambung pelajaran di luar negara seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat.

“Berapa banyak baki yang tinggal untuk membeli makanan selepas mereka membayar sewa dan perbelanjaan harian?




“Berapa banyak ibu bapa boleh hantar kepada mereka? Soal Baginda.

Berikutan kejatuhan matawang Ringgit, Baginda yang kebetulan bercuti di United Kingdom menawarkan diri untuk membantu warga negara ini yang tinggal atau menyambung pelajaran di negara itu.

“Kepada rakyat Malaysia yang tinggal atau belajar di UK, sila maklumkan saya bagaimana boleh saya tolong,” tulis Baginda. - FMT



-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  ohdunia




0 comments

9 Foto: Bakal menantu Dato' Siti Nurhaliza, selebriti Indonesia yang jelita

9 Foto: Bakal menantu Dato' Siti Nurhaliza, selebriti Indonesia yang jelita

Nampaknya Dato' Siti Nurhaliza dan suaminya Dato' K bakal menerima menantu yang cantik, merupakan seorang selebriti Indonesia. Berikutan kiriman status oleh Dato Siti di mana mereka sekeluarga menghadiri majlis pertunangan Asyraff Khalid, anak Dato' K di Palembang, Indonesia.

dtrim murah

Memang melihatkan kepada foto-fotonya bakal menantu Dato' Siti ini cantik jelita orangnya. Jom lihat foto-foto mereka di bawah ini.




dtrim murah

dtrim murah

dtrim murah

dtrim murah

dtrim murah

dtrim murah

dtrim murah

dtrim murah

dtrim murah

dtrim murah




-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  ohdunia




0 comments

Wajib Terjah

 
Support : Creating Website | Gambir Sarawak | Gambir Sarawak
Copyright © 2015 - SAMPAI KIAMAT. I AM ZAUDIN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Gambir Sarawak
Proudly powered by Blogger