Pendapat seorang ustazah dalam rancangan Fiqh Wanita disiarkan oleh TV3 mengundang kritikan dari netizen di laman sosial. Rancangan tersebut membincangkan kebaikan serta khasiat susu ibu kepada bayi.
Minum susu lembu, DNA masuk badan bayi, jadi pemarah - kata Ustazah Fiqh Wanita
Ustazah itu mendakwa bayi yang diberi minum susu lembu akan cepat menjadi pemarah kerana DNA lembu yang sifatkan cepat marah telah masuk ke dalam badan bayi.
Justeru, netizen khususnya para ibu yang tidak bersetuju dengan dakwaan itu, mengkritik ustazah berkenaan dan mengatakan beliau seolah-olah menghina golongan ibu yang tidak dapat menyusukan anak dengan susu badan.
Salah seorang netizen berkata: “Habis tu makan (daging) lembu, jangan cakap DNA lembu, dengan lembu-lembu masuk dalam badan dia. Jadi lembu ke apa nanti?”
Ramai netizen mempertikaikan pendapat ustazah, Minum susu lembu, DNA masuk badan bayi, jadi pemarah.
Bagi netizen, adalah tidak adil ustazah berkata seperti itu kerana ada segelintir ibu yang tidak mampu mengeluarkan susu badan lagi yang mana dipengaruhi dengan faktor-faktor tertentu meski pun diperah menggunakan ‘teknologi’ perahan zaman ini.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : ohdunia
No comments
Thanks For Comment !!! :)