Almy Nadia mengambil pendekatan cukup diplomasi apabila diajukan mengenai cerita paparan skrin perbualan di aplikasi WeChat di antara lelaki yang menggunakan gambar dan nama suaminya, Fizz Fairuz dengan seorang wanita dikenali Fara Mendoza.
Baca: Betul ke? Fara Mendoza dakwa digoda Fizz Fairuz dalam WeChat
Hal yang sama pernah terjadi dan kecoh sebelum ini apabila suami Ayu Raudhah, Zaquan Adha didakwa bermain cinta dengan seorang gadis juga menerusi aplikasi komunikasi yang sama beberapa tahun dulu.
Namun Ayu menjelaskan bahawa akaun WeChat berkenaan bukan milik suaminya seperti didakwa. Bagaimana pula penjelasan Almy? "Saya hanya tergelak apabila membaca cerita itu.
"Tapi kita tak boleh cepat buat kesimpulan dalam hal sebegini kerana dunia teknologi sekarang memungkinkan apa sahaja terjadi untuk menjatuhkan maruah mahupun memporak-porandakan hidup orang," katanya kepada BH Online.
Almy mengakui rakan media bertalu-talu menghubunginya kerana masih tidak dapat berhubung dengan Fizz untuk mengulas perkara itu.
"Sejak zaman dahulu, sampai sekarang saya sudah ada anak pun...memang kalau ada isu membabitkan Fizz, saya juga yang akan terpalit dan dicari. Sejujurnya saya tak boleh nak komen banyak kerana sebaik-baiknya tanyalah Fizz dulu.
"Selidik dulu, cari perempuan berkenaan dan tanyalah sesiapa yang berkait rapat dengan isu ini termasuk Fizz sendiri.
"Apa yang saya tahu Fizz tengah tidur di rumah kerana keletihan menjalani penggambaran filem Hantu Rumah Sakit Jiwa arahan Michael Ang di samping Syarul Ridzwan, Abam Bocey dan Emma Maembong," katanya. Sumber: Berita Harian
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : ohdunia
No comments
Thanks For Comment !!! :)