SHOPPE

Walaupun Hidup Susah, Ia Bukan Halangan Untuk Lelaki Ini Dapat Straight A dan Tempat di Cambridge

Share:
Walaupun Hidup Susah, Ia Bukan Halangan Untuk Lelaki Ini Dapat Straight A dan Tempat di Cambridge

dtrim murah

Kisah yang boleh dijadikan pengajaran dan inspirasi kepada ramai orang di luar sana yang jadikan pelbagai alasan untuk berjaya. Namun tidak lelaki ini.

Walaupun seorang ‘homeless’, tiada tempat tinggal selepas keluwalesar daripada keluarganya Yakub Lewis dari Cardiff berjaya memperoleh empat A dalam A Level dan seterusnya memperoleh tempat di universiti terkemuka iaitu Universiti Cambridge dalam jurusan undang-undang.




Lelaki berusia 22 tahun ini berkata,

Ia adalah satu perjuangan yang sukar. Pada awal tahun ini saya bekerja 24 jam seminggu untuk menampung perbelanjaan pengajian dan untuk memenuhi keperluan, saya hampir tidak makan. Pada suatu ketika saya tiada tempat tinggal. Berulang alik setiap hari ke kolej selama kira-kira 45 minit, kemudian menghabiskan masa di perpustakaan selama 12 jam sehari kerana itulah satu-satunya tempat saya boleh belajar

Saya amat berterima kasig kepada pihak kolej untuk semua yang mereka lakukan untuk saya. Saya adalah orang yang pertama berjaya ke universiti dan ianya berbaloi.

Pihak kolej telah membantu pengajian dan perbelanjaan harian Yakub melalui dana untuk pelajar susah dan dia hanya perlu menghabiskan masa untuk belajar di perpustakaan. Yakub mendapat empat A dalam Sejarah, Perundangan, Sosiologi dan Welsh Baccalaureate. Beliau memperoleh 100% dalam mata pelajaran Sejarah dan Undang-undang dan merupakan pelajar pertama di kolej untuk mendapat tempat di Cambridge untuk mendalami undang-undang.



-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  sajakongsi




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah