Kisah tragis dan mengharukan ini membuktikan kasih sayang yang tidak terhingga dan cinta luar biasa ibu-bapa terhadap seorang anaknya. Pasangan pelancong yang berasal dari Perancis rela berkorban nyawa agar anaknya selamat, ketika sesat di padang gurun New Mexico.
David Steiner (42) dan Ornella Steiner (51) adalah pasangan pengembara berasal dari Bourgogne, Perancis. Pasangan tersebut mengunjungi ke White Sands National Monument, New Mexico, Amerika Syarikat bersama anak lelaki mereka yang berusia 9 tahun.
Namun nasib malang menimpa mereka. Dilaporkan mereka berjalan kaki dengan jarak yang jauh kerana tersesat di gurun. David dan Ornella mengalami dehidrasi yang amat serius kerana cuaca yang terlalu panas sehingga menyebabkan kematian. Pasangan itu sengaja memilih untuk menahan kehausan dan memberikan air minuman kepada anak mereka agar boleh bertahan.
Perkara ini telah disahkan oleh pegawai yang menjaga kawasan tersebut, Benny House kepada beberapa media antarabangsa. Daripada laporan Washington Post, Selasa (11/8/2015), petugas Taman Nasional itu menemui ketiga-tiga mereka ketika sedang melakukan rondaan. Suhu pada waktu itu berada 38 celcius.
“Budak lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Kedua ibu-bapanya mengalami dehidrasi yang amat serius kerana kekurangan air,” lapor Benny.
Anak muda berusia 9 tahun itu ditemui terbaring bersebelahan bapanya David yang sudah meninggal dunia. Sementara ibunya pula, Ornella ditemukan di tempat lain kerana terpisah dengan dua beranak ini dan telah meninggal dunia. Mereka semua dibawa ke hospital dimana. Keterangan dari kanak-kanak lelaki ini diambil oleh pihak berkuasa untuk mengetahui bagaimana kejadian sebenar.
“Dia (Ornella) mengatakan kepada suami dan anaknya untuk pergi dahulu, sementara dia kembali ke kereta untuk mencari air tetapi selepas itu dia rebah dan terpisah dari mereka” kata Benny setelah mendengar kisah si anak.
Petugas Taman Nasional disitu mengatakan, adalah menjadi satu kesalahan sekiranya membawa air yang sedikit. Pihak mereka menegaskan, setiap pelancong yang mengunjungi gurun tersebut perlu membawa sekurang-kurangnya satu galon air. Sehingga hari ini, pihak berwajib dan pihak Taman Nasional masih menunggu hasil laporan autopsi untuk mengetahui punca penyebab kematian selain cuaca panas.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : sajakongsi
No comments
Thanks For Comment !!! :)