SHOPPE

Bagaimana Lelaki Ini Boleh Hasilkan $1.5 Juta USD Dengan Hanya Mengelilingi Dunia

Share:
Bagaimana Lelaki Ini Boleh Hasilkan $1.5 Juta USD Dengan Hanya Mengelilingi Dunia


DTRIM MURAH

Bagi sesetengah orang, impian mengelilingi dunia hanyalah cita-cita sahaja tetapi tidak bagi lelaki berusia 31 tahun ini. Johny Ward ketika ini sedang melakukan penjelajahan untuk menyaksikan setiap sudut di bumi ini. Percaya atau tidak, dengan hanya mengelilingi dunia, dia mampu menghasilkan wang sehingga berjuta-juta ringgit dan turut berjaya menemui kekasih hati yang menawan.

Ward dibesarkan tanpa ayah di Irlandia Utara. Dia hampir berputus asa apabila status kewangannya tidak mengizinkan untuk dia mencapai cita-citanya mengelilingi dunia. Tekad untuk tidak menjadikan masalah kewangan sebagai penghalang untuk merealisasikan impiannya, Ward berjaya menjelajah ke 152 negara dan memperolehi jutaan dolar hanya selama 3 tahun. Semua ini beliau lakukan melalui laptopnya sahaja.

DTRIM MURAH
Sebenarnya apa pekerjaan Johnny Ward ini? Pasti banyak yang tertanya-tanya bukan. Berikut adalah petikan wawancara beliau yang kami ambil dari laman web News.com.au.




Bila anda mula mengembara ke seluruh dunia dan bagaimana pula dengan perbelanjannya?

“Saya tinggal bersama adik dan ibu saya di sebuah kota kecil yang terletak di Kikeel. Kami tidak memiliki banyak wang dan rumah saya terlalu kecil. Dari situlah keinginan saya membuak-buak untuk mengelilingi dunia. Saya merupakan graduan dari Universiti Di Britain pada tahun 2006 dan jurusan yang saya ambil ketika itu ialah ekonomi dunia. Setelah menghabiskan pengajian, saya membeli tiket sehala (one way) untuk mengembara ke Thailand. Di sana, saya mengajar subjek Bahasa Inggeris demi menyara kehidupan.”

DTRIM MURAH


Bagaimana pula anda boleh menghasilkan wang hanya dengan mengelilingi dunia?

“Pada tahun 2010 yang lalu, saya telah membuka sebuah blog yang diberi nama onestep4ward.com setelah bekerja selama 12 bulan di salah sebuah syarikat di Australia, saya juga mula menabung dan mengumpulkan wang untuk membiayai perjalanan mengelilingi dunia. Kemudian pada tahun 2012, saya membuka sebuah syarikat media digital, Step4Ward Media, yang mengelola lebih dari 200 laman web di Internet, sosial media dan juga hal-hal yang berkaitan dengan SEO (Search Engine Optimazation).”

DTRIM MURAH
“Pendapatan yang saya perolehi sejak tahun 2012 berjumlah antara $13000 hingga $18000 untuk setiap bulan dan keuntungan harian pula mencecah $1400 USD. Saya juga menceburkan diri dalam pelaburan hartanah ketika ini dan baru sahaja memperoleh pendapatan tambahan sebanyak $100,000 USD. Jadi jumlah terkumpul pendapatan saya adalah sebanyak $1.5 juta USD.”

Apakah nasihat anda kepada mereka di luar sana yang ingin mengikuti jejak anda?

DTRIM MURAH

“Bagi saya ada 3 benda yang telah mengubah perjalanan hidup saya. Keputusan saya untuk berpindah ke Asia untuk mengajar Bahasa Inggeris telah membuka peluang kejayaan di depan mata saya dan pengalaman ini benar-benar membuka mata saya untuk menghargai erti kehidupan. Selain itu, saya juga membuat blog dan belajar bagaimana “online marketing” itu bekerja dan boleh membuat keuntungan melaluinya, serta mengambil peluang untuk belajar tentang SEO. Setelah mahir dalam bidang itu, saya mula membangunkan perusahaan media digital saya sendiri.”

“Yang kedua ialah pastinya semua orang boleh melakukan hal yang sama seperti saya. Yang ketiga jika anda ingin mengikut jejak langkah saya, anda haruslah mempunyai pengalaman dalam dunia blogging dan belajar tentang dunia blogging.”

Johnny juga turut bercadang ingin membuat kursus pada tahun hadapan  dan memberi tunjuk ajar kepada sesiapa sahaja yang ingin mengikuti jejak langkahnya dengan menghasilkan berjuta-juta ringgit dengan hanya mengelilingi dunia sahaja.

Bagi Johnny, apa yang beliau sangat gembira tentang kehidupannya sekarang ialah dia memiliki kebebasan untuk pergi ke mana sahaja tempat yang diingininya tanpa harus terikat dengan sesiapa dan tiada masalah untuk meminta waktu untuk cuti.


DTRIM MURAH

DTRIM MURAH

DTRIM MURAH

DTRIM MURAH




-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  sajakongsi




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah