SHOPPE

Aktres Berwajah Pan-Asia Cristina Suzanne Nafi Dirinya Hanya Bergaul Kelompok Elit

Share:
Aktres Berwajah Pan-Asia Cristina Suzanne Nafi Dirinya Hanya Bergaul Kelompok Elit


AKTRES berwajah Pan-Asia, Cristina Suzanne Stockstill menafikan bahawa konon dirinya seorang yang hanya bergaul dengan golongan yang dikategorikan sebagai elit sahaja.




“Saya hanya insan biasa yang tidak mungkin berada dalam kelompok khas yang disebut sebagai elit. Bagi saya, perkara ini tidak benar kerana semua pelakon adalah sama saja.

“Tidak ada golongan elit atau kumpulan tertentu seperti didakwa. Kalau ada pun, saya memang tidak tahu-menahu mengenainya,” katanya kepada BH Online.




Tambah pelakon yang memiliki darah campuran Melayu-Jerman ini, dia juga akui bahawa dirinya tidak mempunyai ramai kawan sama ada dalam kalangan industri seni atau orang biasa.

“Saya lebih suka berehat dan meluangkan masa di rumah. Saya memang jarang untuk keluar atau lepak-lepak bersama kawan.

“Perkara ini memang sudah biasa sejak saya di bangku sekolah lagi. Saya memang suka sendirian dan tidak minat dengan ‘groupie’,” jelasnya.

Perkembangan kerjaya seni Pelakon Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin 2013 menerusi filem KIL, dia baru sahaja habis menjalani penggambaran filem Surf This Love yang akan ditayangkan tahun hadapan.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah