Kata Idris, 28, dia enggan memberi sebarang kenyataan perihal penyebaran gambar bogel itu atas nasihat peguamnya.
“Maaf, saya tidak mahu komen. Memandangkan perkara ini masih dalam siasatan jadi saya tak nak mengeruhkan lagi keadaan sekiranya terdapat kenyataan daripada saya,” katanya kepada Harian Metro.
Ketika diminta mengulas kenyataan Atiqah yang menafikan gambar itu adalah dirinya, Idris tetap kunci mulut dan enggan mengulas lanjut.
“Maaf, kalau ada sebarang perkembangan, saya akan maklumkan,” katanya
Pada Selasa, Atikah turut memaklumkan kepada media, dia tidak lagi berhubung dengan Idris sejak gambar itu tersebar kerana merasakan isu itu terlalu sensitif.
Atikah juga mendakwa belum lagi melihat gambar itu kerana tidak sanggup.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)