SHOPPE

Gara-Gara Enggan Melakukan Seks Wanita Ini Dibelasah Teman Lelaki

Share:
Gara-Gara Enggan Melakukan Seks  Wanita Ini Dibelasah Teman Lelaki



Bercinta itu kadang kalanya terlampau indah dan ada kalanya membawa kepada mimpi ngeri bagi sesetengah orang. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang menjadi mangsa kepada kekasihnya yang pastinya menjadikannya satu mimpi ngeri buatnya.




Mengerikan apabila melihat gambar-gambar yang dimuat naik oleh seorang wanita dari United Kingdom yang mendakwa dirinya dipukul teman lelakinya selepas enggan melakukan hubungan seks.

Gambar yang dimuat naik oleh Steph Louise sendiri atau namanya Stephanie Littlewood baru-baru ini menerusi akaun Facebooknya menceritakan pengalaman dibelasah dengan teruk oleh teman lelakinya.

Ceritanya bermula pada 2 April 2016 apabila dia menolak pelawaan teman lelakinya, Wayne Hoban untuk melakukan hubungan seks.

Wayne yang berang, membelasah Steph dengan menghempasnya ke katil, mencekik dan menumbuknya sebanyak 40 hingga 50 kali hingga memecahkan rahang dan giginya selain lebam di beberapa bahagian badan.

Susulan kejadian itu, dia dibawa ke hospital untuk menerima rawatan selepas cedera parah.

Dia kini masih menjalani rawatan dan proses pembaikan giginya yang patah serta emosi yang terganggu akibat kejadian itu.

Selepas lima bulan kejadian itu, Wayne dijatuhi hukuman 16 bulan penjara kerana didapati bersalah memukul sehingga mendatangkan kecederaan terhadap teman wanitanya itu.


Perkongsian Steph itu mendapat simpati daripada netizen di United Kingdom dan menyokong dengan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadap teman lelakinya itu.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  wartawan-jalanan




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah