SHOPPE

Polis Berjaya Menahan Dua Remaja Lelaki Yang Merogol Dan Meliwat Pelajar 13 Tahun Di Kebun Kelapa Sawit

Share:
Polis Berjaya Menahan Dua Remaja Lelaki Yang Merogol Dan Meliwat Pelajar 13 Tahun Di Kebun Kelapa Sawit



Johor Bahru; Merujuk kepada satu laporan mengenai seorang pelajar 13 tahun yang dirogol secara begilir-gilir tersebut, pihak polis telah berjaya menahan dua orang remaja lelaki dan masih lagi sedang memburu dua orang lagi yang menjadi suspek kerana dipercayai bertanggungjawab dalam kejadian seorang pelajar tingkatan satu yang dirogol di sebuah pondok di kebun kelapa sawit, Kampung Manong, Ayer Hitam dekat Batu Pahat pada Khamis lalu.




Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, kedua-dua remaja lelaki berumur 14 dan 15 tahun tersebut yang tinggal di kawasan Ayer Hitam dan Parit Raja, Batu Pahat telah berjaya ditahan kira-kira jam 2 petang semalamdi kawasan Ayer Hitam.

"Siasatan awal mendapati remaja perempuan berusia 13 tahun dan bersekolah di Parit Raja itu mengenali seorang daripada remaja lelaki terbabit menerusi WeChat sejak 8 September lalu," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Abdul Wahib berkata, kira-kira 9 malam, Khamis lalu, remaja perempuan itu memberitahu ibunya dia mahu keluar untuk belajar di rumah rakan di Parit Raja namun sebenarnya, dia sudah berjanji dengan seorang daripada remaja lelaki terbabit untuk keluar makan di sekitar Parit Raja.

Katanya remaja perempuan itu mengikut remaja lelaki terbabit menaiki motosikal ke pekan Ayer Hitam dan dia kemudian dibawa berjumpa tiga remaja lelaki lain sebelum semua mereka ke pondok berkenaan.

Menurut Abdul Wahib, remaja perempuan itu kemudian dirogol bergilir-gilir di pondok itu, namun dia dan semua empat remaja lelaki itu melarikan diri apabila penduduk kampung menyedari kejadian berkenaan.

"Mangsa (remaja perempuan) menyorok di belakang sebatang pokok manakala empat remaja lelaki melarikan diri dengan meninggalkan dua motosikal mereka.

"Penduduk kampung menghubungi bapa mangsa yang datang mengambil mangsa dan seterusnya membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Hitam," katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol dan polis giat mengesan dua lagi remaja lelaki yang dipercayai masih berada di sekitar Ayer Hitam bagi membantu siasatan.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  wartawan-jalanan




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah