Menurut Amin, kejadian yang berlaku pada petang 26 September 2016 melibatkan sekumpulan remaja berpakaian lengkap uniform sekolah menengah melepak di kawasan perumahan didiaminya di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.
Jelas saksi, kawasan perumahan tersebut memang tidak selamat untuk diduduki berdasarkan pengalaman yang telah dilaluinya sendiri yang menjadi salah seorang mangsa kes curi minyak petrol kereta.
Bila ditanya buat apa di sini? Jawapannya melepak. Ditegur sebab mereka buat bising pada waktu penduduk sedang berehat dan suara mereka mengganggu ketenteraman awam.
Bila ditanya lagi tingkatan berapa? Mereka jawab tingkatan 3. Mereka bagi alasan baru habis kelas tambahan yang bermula jam 2.30 petang. Hairan sungguh, macam ponteng kelas tambahan pun ya.
Ditanya sekolah mana? Salah seorang daripada mereka tunjuk ke arah sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai (2), tidak jauh dari lokasi mereka melepak.
Menerusi video yang dikongsikan, kumpulan remaja itu turut menahan seorang penjual aiskrim bermotosikal warganegara Pakistan, berdasarkan pakaian dan raut wajahnya.
Malah salah seorang daripada mereka berbaju merah dilihat melarikan diri selepas mengambil aiskrim tanpa membayarnya. Namun kembali bersama kumpulannya setelah penjual itu berlalu.
Manakala seorang lagi lengkap beruniform yang menggalas beg sandang bertindak mencuri satu plastik kon aiskrim tanpa disedari penjual. Kemudian membahagikan hasil curiannya kepada rakan-rakannya yang lain.
Aksi tidak bermoral sekumpulan pelajar itu tidak terhenti di situ sahaja. Tambah saksi mereka juga dilihat menghisap rokok dan meninggalkan sampah sarap begitu sahaja sebelum meninggalkan port mereka.
Oleh itu, saksi menyeru kes ini diviralkan agar mendapat perhatian pihak yang sewajarnya agar gejala seperti ini tidak berulang lagi.
Jom ikuti perbualan saksi dengan sekumpulan remaja berkenaan:
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)