SHOPPE

Kerana Gagal Sebut Perkataan Diajar Guru Conteng Muka Anak Murid…

Share:
Kerana Gagal Sebut Perkataan Diajar Guru Conteng Muka Anak Murid…



HANYA kerana gagal menyebut perkataan yang diajar, seorang kanak-kanak telah dimalukan oleh gurunya apabila pipi murid itu diconteng dalam kejadian yang berlaku pada Khamis lalu.




Dalam kejadian di sebuah sekolah di Kuching, mangsa yang hanya dikenali sebagai Isaac memberitahu perkara itu setelah didesak oleh ibunya, Amy Teo, yang merasa pelik melihat pipi anaknya itu ketika di rumah.

Bagi mendapatkan cerita sebenar, Amy bertemu dengan guru besar sekolah itu dan guru wanita yang terlibat dipanggil untuk menjelaskan keadaan sebenar.



“Dia (guru) mengaku melakukan hal tersebut (conteng) dengan alasan anak saya tidak pandai menyebut perkataan yang diajarnya dan dia telah meminta maaf kepada saya,” kata Amy.

Kejadian itu merupakan kejadian kali kedua muka anaknya diconteng hanya kerana sebab yang sama. Selain itu juga, Amy mendakwa perut anaknya pernah dicubit oleh seorang guru lain sehingga meninggalkan kesan lebam.

“Sebenarnya ini adalah kejadian yang kali kedua dia (guru) menconteng muka anak saya hanya kerana sebab yang sama.

“Disebabkan tindakannya itu juga, anak saya menjadi takut dan hilang keyakinan untuk memberikan jawapan menyebabkan dia mendiamkan diri. Guru itu marah kerana menunggu terlalu lama lalu dia menghukum anak saya dengan cara ini,” katanya di ruangan komen.

Ekoran kejadian itu, ibu berusia 33 tahun itu telah membuat laporan polis pada hari yang sama untuk rujukan pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tindakan lanjut.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah