SHOPPE

Macam Diva!!!...Trending Tangkap Gambar Ala-Ala Ditemu Ramah

Share:
Macam Diva!!!...Trending Tangkap Gambar Ala-Ala Ditemu Ramah



ALAHAI macam-macam. Jika suatu ketika dahulu, trend di Indonesia para remajanya mengambil gambar bertukar-tukar gaya dan pakaian bersama-sama pasangan masing-masing.




Kali ini, muncul pula idea mengambil gambar ala-ala ditemu ramah wartawan. Walaupun kedengaran lucu, namun ianya turut menjadi ikutan dan trending di negara republik terbesar rantau Asia tenggara itu.

Pun begitu, mendapatkan gambar ala-ala ditemu ramah ini tidaklah semudah merakam selfie, kerana gaya ini memerlukan bantuan beberapa buah telefon bimbit dan rakan untuk berlakon sebagai wartawan.






Manakala, tuan empunya gambar pula akan ‘berposing’ ala-ala ahli politik atau artis yang enggan ditemu ramah.

Situasi ini dikatakan bagi menggambarkan kehidupan selebriti khususnya yang sering dikejar wartawan untuk mendapatkan scope berita paling hangat.





Apa pun, remaja masa kini benar-benar kreatif semata-mata mahukan ‘likes’ yang banyak di laman sosial.

Agak-agaknya, bila pula remaja Malaysia akan ‘dijangkiti’ gaya ini?




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah