Lapan lelaki ditahan berhubung kes bunuh melibatkan ibu dan anak perempuan berusia 16 tahun di kediaman mereka di Taman Puteri Wangsa, di sini.
Ketua Polis Negeri, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, dua suspek ditahan ketika cuba melarikan diri ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas ekspres di Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Pagoh, Johor Baru
Terdahulu, hasil maklumat orang ramai, lima lelaki berusia antara 18 dan 20 tahun ditahan di Pelangi Indah. Suspek ke lapan ditahan pada kira-kira pukul 3 pagi, Khamis.
“Dua suspek yang cuba melarikan diri ke Kuala Lumpur berusia dalam lingkungan 20an. Mereka ditahan di KM142.4 dekat Pagoh,” kata Wan Ahmad pada Khamis.
Beliau berkata, polis turut merampas beberapa barang dipercayai milik mangsa daripada kedua-dua suspek. “Semua suspek akan direman,” katanya.
Pada Rabu, mayat M. Mariayee, 56 dan C.Durga Devi ditemui dengan kesan kelar pada kira-kira 10.30 pagi di rumah di Jalan Beladau 40, Taman Puteri Wangsa di sini.
Cucu Mariayee yang berusia tiga tahun juga berada di rumah sama, tetapi tidak cedera. – mStar
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : wartawan-jalanan
No comments
Thanks For Comment !!! :)