SUDAHLAH ditahan polis atas kesalahan mabuk ketika memandu, seorang wanita ‘berani’ pula suruh anggota polis untuk rakam gambarnya dengan aplikasi kecantikan supaya kelihatan menarik.
Wanita berkenaan ditahan di Xinjiang, China baru-baru ini selepas memandu keretanya dalam keadaan mabuk.
Shanghaiist melaporkan, wanita tersebut cuba menggoda anggota polis apabila surat saman dikeluarkan selepas dia gagal menyerahkan lesen memandu.
Anggota polis turut menyarankan wanita tersebut untuk membuat ujian dengan menggunakan alat pengesan kandungan alkohol tetapi dia cuba menipu dengan tidak menghembuskan nafas ke alat berkenaan.
Berang dengan tindakan wanita tersebut, polis membawanya ke hospital untuk menjalani ujian darah dan mendapati wanita itu disahkan berada dalam keadaan mabuk.
Ketika polis sedang mengambil gambar untuk menjadi bahan bukti, wanita tersebut menyuruh anggota polis untuk menggunakan Meitu iaitu aplikasi untuk suntingan gambar yang popular di laman sosial.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)