SEBAGAI seorang penyewa — sama ada menyewa rumah, kereta atau barangan hak milik orang lain, adalah menjadi satu tanggungjawab untuk memastikan barangan sentiasa berada dalam keadaan baik.
Sangatlah tidak adil jika pemilik terpaksa menanggung kerosakan yang berpunca daripada penyewa.
Seperti yang dikongsikan wanita ini, penyewa tidak membayar sewa dan lari dalam keadaan rumah yang macam ‘neraka’.
Menurut pengguna Facebook Umi Nazirah, rumahnya yang terletak di Taman Sri Impian, Kluang, Johor itu disewakan kepada dua buah keluarga dengan harga yang murah atas dasar kasihan melihatkan kesusahan yang dihadapi mereka.
Namun, bagai kacang melupakan kulit, setelah beberapa bulan disewakan kedua keluarga berkenaan melarikan diri dan membiarkan rumahnya dalam keadaan amat menyedihkan.
Rumahnya itu dipenuhi dengan timbunan sampah sarap, manakala puntung rokok dan sisa makanan bersepah di merata tempat.
Apa yang lebih menjijikkan, ruangan singki turut dibiarkan tersumbat dengan tinggalan saki baki makanan.
Netizen mempersoalkan bagaimana penyewa mampu hidup dalam keadaan rumah yang begitu kotor lagi busuk itu.
“Benar-benar jijik dan saya tak tahu bagaimana mereka boleh tinggal di rumah seperti ini, pengotor habis.. kalah encik tikus,” tulis Nasrul Syafiq.
Pada pendapat anda, apa agaknya patut dibuat dengan orang yang berperangai sebegini?
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)