SEORANG tukang urut tradisional ditahan kerana telah melakukan kelucahan melampau terhadap seorang pelancong wanita dari Jerman di premis perniagaannya di Banda Hilir, Melaka, baru-baru ini.
Pada mulanya, mangsa hanya mengambil pakej mengurut badan selama 70 minit dan terbaring dengan hanya memakai seluar dalam.
Namun secara tiba-tiba suspek menarik tuala yang menutup kemaluannya dan bertanyakan adakah dia mahukan perkhidmatan ‘istimewa’ yang ditawarkan itu.
Menurut mangsa, suspek pada ketika itu turut berkata, dia baharu sahaja memberikan perkhidmatan ‘tambahan’ itu kepada pelanggan yang datang sebelum mangsa.
Bengang dengan insiden itu, mangsa kemudiannya telah melaporkan hal itu kepada pihak polis dan kini suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)