SHOPPE

Ngeri!!!...Aksi Bergayut Bawa Padah Apabila Tersalah Landing

Share:
Ngeri!!!...Aksi Bergayut Bawa Padah Apabila Tersalah Landing


NGERI dan menyakitkan. Itulah yang dapat dizahirkan apabila menonton video yang dimuat naik oleh Jukin Media di laman Stomp.




Setiap yang melihatnya pasti tidak dapat menggambarkan perasaan yang dialami oleh mangsa apabila mengalami insiden malang itu.

Menerusi video tersebut, wanita yang hanya memakai pakaian dalam dilihat cuba bergayut pada seutas tali pada sebatang pokok yang terdapat berhampiran kolam itu.

Kegembiraan mangsa yang cuba berhibur dengan melakukan aksi terjunan ke dalam kolam menggunakan tali bertukar tragedi apabila dia tersalah landing.







Dalam rakaman yang berdurasi kurang satu minit itu, mangsa dilihat terlalu awal melepaskan genggaman pada tali berkenaan menyebabkan dirinya terjatuh di atas batu yang terdapat di tebing kolam berkenaan.

Aksi malang mangsa mengundang rasa terkejut kawannya yang juga seorang wanita berdasarkan suara pada rakaman video tersebut.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kecederaan yang dialami oleh mangsa sama ada serius atau tidak kerana laman itu tidak menyatakannya.

Malahan, masa dan tempat video berkenaan dirakam juga tidak diberitahu.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah