SHOPPE

Status Ibu Tunggal Zarina Anjoulie Jadi Tanda Tanya Netizen

Share:
Status Ibu Tunggal Zarina Anjoulie Jadi Tanda Tanya Netizen



BARU sahaja melahirkan anak sulung Gabriel Martin Ezra pada Ogos lalu, kini muncul pula desas-desus mengatakan pelakon Zarina Anjoulie sudah bercerai dengan suaminya seorang warganegara Brunei.




Desas-desus itu dikuatkan lagi dengan status yang dimuat naik oleh pelakon ini menerusi Instagram miliknya menyatakan seolah-olah dirinya sudah bergelar ibu tunggal.


Status yang berbunyi “Keep calm, I’m a single mom. I’ve got this” itu menimbulkan tanda tanya dan perasaan pelik dalam kalangan peminatnya di Malaysia.


Bagaimanapun, usaha Harian Metro untuk mendapatkan maklum balas daripada pelakon berkenaan menerusi aplikasi Whatsapp tidak berhasil kerana tiada sebarang respond daripada pihak Zarina.


Malah, menerusi penelitian di Instagram milik suami Zarina, lelaki tersebut turut membuatkan satu kenyataan bahawa dia sekarang seorang bapa tunggal kepada tiga orang anak.

Walau bagaimanapun, kesasihan khabar angin ini tidak dapat dipastikan lagi kerana tiada kenyataan rasmi daripada pihak Zarina sendiri mahupun suaminya.

Pun begitu, rata-rata peminatnya turut mendoakan yang terbaik buat pelakon ini dan tabah menghadapi ujian yang menimpa. -Harian Metro




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah