Anak perempuan mendiang Whitney Houston, Bobbi Kristina Brown yang sedang dalam koma sejak enam bulan lalu kini tidak lagi diberi bantuan alat sokongan hayat sebaliknya telah di bawa keluar dari hospital bagi membolehkannya meninggal dunia secara semulajadi, demikian menurut makciknya, Pat Houston.
Pat Houston adalah isteri kepada abang Whitney dan kini adalah penjaga Bobbi yang sah di sisi undang-undang. Menurut Pat Houston, kesihatan Bobbi, 22, semakin bertambah buruk dan tidak memperlihatkan sebarang perkembangan yang positif. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh keluarga mereka, Pat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan moral dan berdoa untuk kesejahteraan Bobbi.
“Dia kini berada di tangan tuhan…” kata kenyataan itu.
Sementara itu, teman lelaki Bobbi, Nick Gordon berhadapan dengan tindakan undang-undang yang akan difailkan oleh keluarga Houston yang mendakwa Gordon secara fizikal mencederakan Bobbi dan mencuri wang dari akaunnya berjumlah AS$11,000 ketika dia di dalam koma. Dakwaan itu menyatakan pada hari Bobbi ditemui tidak sedarkan diri, dia merancang untuk bertemu dengan seorang kawan rapatnya untuk mendedahkan masalahnya dengan Gordon.
Sebaliknya apa yang berlaku ialah pada hari yang sama iaitu 31 Januari 2015, dia ditemui tidak sedarkan diri di dalam tab mandi di kediamannya, Atlanta dalam keadaan mulut yang bengkak dan gigi yang patah. Sejak tarikh itu, Bobbi tidak sedarkan diri sehingga sekarang. Dakwaan itu juga menyebut yang Gordon secara fizikal mencederakan Bobbi beberapa kali, termasuklah menumbuknya di muka dan menarik rambutnya.
Whitney meninggal dunia pada 11 Februari 2012 pada usia 48 tahun setelah dia lemas di dalam tab mandi bilik hotelnya di Beverly Hills setelah diserang sakit jantung akibat pengambilan dadah yang berlebihan.
Sumber dipetik dari mStar
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : suriafm
No comments
Thanks For Comment !!! :)