SHOPPE

PEKERJA BUTIK DI JPO DILARANG SOLAT

Share:
PEKERJA BUTIK DI JPO DILARANG SOLAT



JOHOR BHARU - 'Manager cakap kami tak boleh pergi sembahyang waktu kerja," demikianlah dakwaan seorang pekerja di Johor Premium Outlet (JPO) yang bekerja di sebuah butik jenama antarabangsa.

Dakwa individu yang tidak ingin didedahkan nama, 22 Jun yang lalu pengurusnya tidak mengizinkannya untuk menunaikan solat fardhu. Dia yang terkilan dengan apa yang berlaku itu, mendesak agar Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyiasat perkara itu.



Lapor Free Malaysia Today (FMT), pegawai jualan yang berusia 29 tahun itu berkata, pengurusnya hanya membenarkannya mengerjakan solat sehari sekali sahaja.

“Manager kata, kami tidak boleh pergi sembahyang waktu kerja. Jika bekeras juga, hanya waktu rehat sahaja. Jadi, waktu rehat hanya satu jam sahaja dan hanya dapat menunaikan solat Zohor. Tetapi, solat Asar dan Maghrib tidak boleh. Saya dah pening,” katanya.

Dia juga turut mendedahkan rakaman suara yang dihantar oleh pengurusnya di group WhatsApp syarikat bagi membuktikan dakwaan itu.

“We all only have break time, we dont have sembahyang time, if you want sembahyang I tak kacau, tapi you have to go on your break time. Itu sahaja. You are using company money, and you earn you company money for your sembahyang, apa maknanya, ini kan dosa,” kata pengurus tersebut.

Lelaki itu sedih dan pelik dengan sikap pengurusnya yang seolah-olah menidakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

“Saya berasa pelik adakah saya di negara lain bukan negara Islam. Saya sangat kecewa, tidak tahu hendak buat apa. Nak berhenti bekerja, sekarang ini tengah gawat, siapa yang hendak ambil saya bekerja. Kecewa dengan Malaysia yang tidak pentingkan hukum hakam sebuah negara Islam,” katanya.



-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  thehypemedia




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah