SHOPPE

Kesian! Netizen Nak Tolong Tapi Dimaki Hamun Azwan Ali . Malu bebb!!

Share:
Kesian! Netizen Nak Tolong Tapi Dimaki Hamun Azwan Ali . Malu bebb!!

Dimaki Hamun Azwan Ali

Siapa yang tak kenal dengan figura yang menggelar dirinya Diva AA iaitu Azwan Ali, seorang
pengacara dan pelakon sensasi.

Sejak dari dahulu, Azwan sememangnya tak pernah kontang dari kontroversi malah sering dikritik
kerana keceluparan mulutnya sama ada melalui siaran media televisyen dan akhbar mahupun di media
sosial.



Dalam cerita terkini, Azwan dijadikan bahan lawak di ruang Internet setelah tindakannya memaki
seorang peminat wanita mendapat perhatian awam.
Dihamun olehnya itu sesuatu yang biasa buat netizen, namun yang kelakarnya, mangsa kepada Diva
AA kali ini tidaklah melakukan apaapa provokasi pun, malah berniat baik kerana cuba membantu Azwan.

Ceritanya, bekas pengacara program gosip nombor satu, Melodi, itu telah mengemas kini status laman
Twitter peribadinya dengan bertanyakan cadangan tempat bagi mendapatkan stik terbaik untuk berbuka
puasa.

Tulisnya, “Slm. Nak steak la today! Cari cafe yang tak sesak melayu jebawok! Any ideas?”
Tweet tersebut kemudiannya dibalas oleh salah seorang peminatnya, Nur Azira dengan menulis,
“menate”.

Dimaki Hamun Azwan Ali

Tak lama lepas tu, Azwan membalas cadangan tersebut dengan bertubitubi
makian. “Sundal bertudung paling binatang #menyalak real anjing! #puiii puashati tak neraka?”
Fuhh! Memang berapi betullah Diva AA apabila pengguna tersebut tulis menate. Bagi loghat tertentu,
menate itu seerti dengan perkataan binatang.

Ops! Jangan mudah membuat kesimpulan. Ruparupanya, wanita berkenaan tidak mengutuk mahupun
bergurau kasar dengan Azwan tetapi memberi cadangan yang diminta Azwan sebelum itu. Menate
sememangnya wujud dan antara tempat terbaik untuk mendapatkan stik yang diidamkan Azwan.

Me’nate Steak House merupakan sebuah restoran stik eksklusif yang dimiliki oleh Mustaffa Othman,
bekas pakar daging di Istana Bukchingham di London yang terletak di Wangsa Maju dan Ampang.



-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  beritapremium




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah