KG PUTATAN, 22 Jun: “Saya beragama Buddha tetapi mereka anak saya dan saya membesarkan mereka sebagai seorang Islam,” kata seorang wanita cina yang berusia 60 tahun dari Sabah.
Itulah gambaran seorang wanita yang digelar “ah ma” (panggilan ibu didalam Bahasa Kantonis) yang membesarkan dua orang kanak kanak Melayu beragama Islam walaupun beliau beragama Buddha yang mencetuskan viral di media sosial.
pertemuan beliau dengan sebuah keluarga unik itu, dan berkongsi pengalaman beliau ketika bertemu mereka. Sedang duduk di pejabat pertanyaan, datang seorang perempuan tua berbangsa Cina berumur 60 tahun bersama dengan dua orang kanak kanak lelaki.
Saya hairan kerana kanakkanak tersebut memanggil wanita tua itu 'mummy'. Hairan, keduadua
kanakkanak itu langsung tiada irasiras wajah berketurunan Tiong Hwa. Maka saya pun bertanya kepada wanita itu.
"Aunty, budak dua orang ini siapa?" "Ini Ridzuan dan ini Jefri. Anak angkat saya. Dua orang ini saya pelihara semasa mereka masih bayi. Ridzuan kena buang di tempat buang sampah dalam kotak. Manakala Jefri pula ditinggalkan oleh ibunya dan keluarganya menyerahkan kepada saya untuk dijaga," katanya.
Saya pun tergamam seketika.
"Saya beragama Buddha tetapi anak saya ini saya kekalkan agama mereka, Islam. Saya hantar pergi ke kelas agama dan mereka juga turut berpuasa bila tiba bulan Ramadan. Bila makan, saya akan pastikan mereka makan makanan yang halal dan kami menggunakan pinggan yang berasingan," jelasnya.
Sekali lagi saya terpegun. Ini adalah sisi mulia dari orang yang bukan sebangsa dan seagama yang tidak pernah saya lihat sebelum ini. Di Sabah sebenarnya perkara ini adalah sesuatu yang biasa berlaku. Menghormati kepercayaan dan pegangan agama yang lain membuatkan kita seolaholah berada di dalam sebarisan pelangi yang berwarnawarni
Dengan melalui sendiri peristiwa gempa bumi yang melanda Sabah barubaru ini, saya percaya ikatan tali keharmonian di sini tidak pernah kusai. Malah bertambah utuh dan padu.
Keliru dengan panggilan keduadua kanakkanak Melayu itu yang memanggil wanita itu sebagai
“Mummy”, Ameer membuat keputusan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai latar belakang mereka dan antara reaksi yang beliau dapat adalah:
“Ini Ridzuan dan ini Jefri. Anak angkat saya. Dua orang ini saya pelihara semasa mereka masih bayi. Ridzuan ditinggalkan dalam kotak di tempat buang sampah, manakala Jefri pula ditinggalkan oleh ibunya dan keluarganya menyerahkan kepada saya untuk dijaga.
“Saya beragama Buddha tetapi anak saya ini saya kekalkan agama mereka, Islam. Saya hantar pergi ke kelas agama dan mereka juga turut berpuasa bila tiba bulan Ramadan. “Bila makan, saya akan pastikan mereka makan makanan yang halal dan kami menggunakan pinggan yang berasingan,” katanya.
Dikenali sebagai “Cikgu Wong”, wanita yang terkenal di kalangan penduduk Kampung Putatan
dikenali sebagai wanita serba boleh yang rajin bekerja, garang namun seorang yang baik hati, kata penduduk yang mendakwa mengenali beliau.
Dalam kenyataan Ameer di Facebook, Wong yang berkebolehan melakukan apaapa pekerjaan
adalah untuk memenuhi keperluan mereka. Di sebelah pagi, Wong bekerja sebagai seorang pemandu bas, pada waktu tengahari beliau menjadi guru di Taska Bersatu Luyang, manakala pada petangnya beliau menjual buahbuahan dan mengutip tin kosong dan kotak di malam hari.
Kagum dengan rasa rendah diri beliau, Ameer berkata ia adalah kebiasaan bagi penduduk Sabah melakukan pekerjaan seumpama itu walaupun hidup di dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Tegas Ameer, orang ramai perlu mengambil iktibar tentang apa yang berlaku di dalam keluarga
Wong dan mengekalkan keharmonian di kalangan masyarakat. Orang ramai yang terharu dengan kenyataan itu mula membanjiri Facebook beliau dengankomenkomen yang positif, ada juga yang mendakwa mengenali wanita itu.
Seorang netizen yang dikenali sebagai Henzackry Hen berkata beliau mengenali Wong yang
selalu membawa mereka ke sekolah setiap pagi.
“Saya mengenali beliau sebagai Cikgu Wong. Beliau adalah guru anak perempuan saya di
Bersatu Luyang dan beliau memang mempunyai dua anak angkat yang beragama Islam. “Isu agama tidak pernah menghalang mereka hidup bersama,” komen seorang penguna Facebook yang dikenali sebagai Adlynaz Fiffy yang memuat naik gambar beliau besama Wong.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : qasyahfulmalayworld
No comments
Thanks For Comment !!! :)