SHOPPE

Mat Salleh Fasih Loghat Terengganu Kerana Jatuh Cinta Dengan Pulau Kapas

Share:
Mat Salleh Fasih Loghat Terengganu Kerana Jatuh Cinta Dengan Pulau Kapas

dtrim murah


Dengan keindahan Pulau Kapas dan penduduk setempat yang amat ramah serta mesra, Mat Dan akhirnya jatuh cinta dengan Pulau Kapas lalu membuat keputusan untuk menetap di situ. Sudah hampir 6 tahun Mat Dan menetap di Pulau Kapas dan dari situlah dia mula belajar cara hidup orang tempatan dan bahasa tempatan. Mat Dan juga akui bukan mudah untuknya menguasai bahasa tempatan sehingga mengambil masa sehingga 3 hingga 4 tahun untuk betul-betul fasih bercakap dalam loghat Terengganu.


Mungkin kerana terlalu fasih dalam loghat Terengganu, Mat Dan agak janggal sedikit apabila bertutur dalam Bahasa Inggeris. Dia terpaksa mengambil masa yang lama untuk  kembali fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris. Hahahahah. Lawak kan? Layan sangat cakap Ganu ni. Antara perkara menarik ketika Mat Dan menjejakkan kaki di Pulau Kapas ialah mungkin kerana tidak biasa lagi dengan cara hidup orang tempatan, Mat Dan menjamah nasi menggunakan tangan kirinya sehingga di tegur oleh orang tempatan. Jangan terkejut, Mat Dan pun  makan sambal belacan jugak tau tetapi katanya tidak boleh terlalu pedas sangat.


Kredit Video The Star Online


Mat Dan kini yang berusia 25 tahun merancang ingin menyambung pelajarannya dalam bidang biologi marin kerana minatnya yang mendalam terhadap keindahan marin. Ibu bapanya yang menetap di England juga selalu datang ke Pulau Kapas untuk menjenguk anak kesayangan mereka ini. Kerana sudah sebati dengan cara hidup orang tempatan, Mat Dan mengambil keputusan untuk memeluk islam dan menukar namanya kepada Kareef Daniel Abdullah. Mat Dan juga akui banyak pulau yang cantik di dunia ini, tetapi di Pulau Kapas seolah-olah memberikan pengalaman hidup yang baru kepadanya dan membuka mindanya serta jiwanya untuk mengenali islam. Untuk bulan Ramadan yang akan datang ini, Mat Dan berhajat untuk berpuasa penuh kerana ianya merupakan pengalaman pertama dia berpuasa sebagai seorang muslim.


Untuk gadis-gadis di luar tu, lupakan je lah hasrat anda untuk jadikan Mat Dan sebagai calon suami kerana Mat Dan akan mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya pada tahun hadapan. Menarikkan kisah Mat Dan ni, melalui pengembaraannya yang berakhir di Pulau Kapas, bermacam-macam pengalaman dilaluinya sehingga mengubah perjalanan hidupnya. Mat Dan juga berkongsi salah satu sebab dia jatuh hati dengan Pulau Kapas ialah kerana keramahan orang tempatan sehingga menganggap dirinya sebahagian dari keluarga mereka. Jom tengok video ni tentang luahan ikhlas isi hati Mat Dan yang membuatkan dirinya jatuh cinta dengan Pulau Kapas ini.


-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  sajakongsi




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah