SHOPPE

Pelakon Terkenal Indonesia Mengaku Murtad Pilih Agama Kristian

Share:
Pelakon Terkenal Indonesia Mengaku Murtad Pilih Agama Kristian

dtrim murah


Di saat umat Islam seluruh dunia menyambut kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak dan menunaikan ibadah puasa, pelakon terkenal Indonesia iaitu Lukman Sardi mengambil keputusan untuk memeluk agama Kristian sekaligus keluar daripada Islam atau istilah lain murtad.

Menurut Lukman Sukardi yang juga anak kepada legenda biola Indonesia, Allahyarham Idris Sardi menjelaskan dia mula mempercayai agama Kristian sejak enam tahun yang lalu.

“Saya memilih untuk percaya agama Kristian sejak enam tahun yang lalu. Pada waktu itu banyak perkara yang bermain dengan perasaan dan hati sehingga akhirnya saya memutuskan untuk memeluk agama Kristian,” jelas Lukman Sukardi menerusi sebuah video yang dimuat naik ke laman YouTube.

Jelas pelakon kelahiran Jakarta itu lagi, keputusannya itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk isterinya, Pricillia Pullunggono yang juga menganut agama Kristian. Sebaliknya ada kejadian yang memberi petunjuk untuk dia memilih agam Kristian.

Dalam pada itu, Lukman mengakui ayahnya merupakan individu paling kecewa dengan keputusannya untuk bertukar agama.

“Ayah merupakan orang paling kecewa dengan keputusan saya. Dia seorang yang sangat taat dengan agama. Ada perselisihan faham dengan ayah tetapi ini adalah prinsip saya dan ayah memberi peringatan untuk bertanggungjawab dengan pilihan sendiri,” ujar Lukman Sardi lagi.

Lukman Sardi merupakan antara pelakon yang sering diberi kepercayaan untuk memegang watak-watak penting dalam dunia perfileman Indonesia.

Antara filem hebat yang pernah dibintangi oleh Lukman Sardi termasuk Laskar Pelangi, Soekarno, Sang Pencerah, Merah Putih, Negeri Tanpa Telinga dan banyak lagi.



-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  astrogempak




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah