SHOPPE

Suami Tidak Pernah Menyangka Inilah Jawapan Yang Diberikan Oleh Isterinya Apabila Tidak Mampu Belikan

Share:
Suami Tidak Pernah Menyangka Inilah Jawapan Yang Diberikan Oleh Isterinya Apabila Tidak Mampu Belikan



Abang, kita pergi kedai hiasan dalaman rumah, boleh?"

Isteri memandangku penuh pengharapan. Aku senyum kelat. Mengangguk tidak.
Menggeleng tidak.

Tapi, dia dah pergi bersiap. Tak sempat aku berikan jawapan.

Dia tak tahu, dah 3 bulan gajiku tak berbayar. Entah apa masalahnya dengan syarikat
tempat kerjaku. Masalah kemelesetan ekonomi agaknya. Aku bukannya kerja tetap pun
situ.

Ambil upah kontrak saja. Kerja aku, pikul simen, bawa paip besar-besar tu ke
rumah-rumah. Kadang-kadang, aku jadi buruh binaan sandaran. Semua kerja berat, aku
buat.




Bukan demi perut aku. Tapi, demi keluarga kecil aku ini. Anak baru dua orang. Dekat 10
tahun dah aku nikah. Isteri tak kerja. Suri rumah sepenuh masa.

Rumah ni pun rumah pusaka arwah nenek isteri. Duduk menumpang di tanah famili.
Aku harta apa pun tiada. Harapkan kereta Proton Saga first model tu saja. Tu pun dah
nak roboh kalau bawa lebih 100 km/j.

"Jom."

Anak-anak pun dah siap. Isteriku senyum manja.

Kami ke kedai pameran perabot dan hiasan dalaman yang besar dekat area sini. Ada
ekspo rupanya.

Aku tengok isteriku dan anak-anak happy sangat. Pergi dari satu pameran ke satu
pameran. Dari satu galeri ke satu galeri. Display ke display. Dari pameran ruang tamu ke
ruangan dapur.

Aku tengok dan tanya harga.

"Ribu. Belas ribu. Puluh ribu."

Isteriku pimpin tanganku dan anak-anak. Sepanjang pameran, dia senyum saja.
Hairannya, tak pula dia suruh aku beli.

Sampai di ruangan galeri dapur, dia berhenti lama. Aku tahu, dia mengimpikan dapur
luas seperti itu. Ada kabinet, lengkap dengan ketuhar, dapur masak dan hood.

Barangan dapur serba lengkap. Wanita mana yang tidak suka?

Dia memegang erat sedikit genggaman tanganku. Aku tahu, dia mahu.

"Abang, jom. Kita balik. Dah puas tengok."

Aku terkebil-kebil. Menuruti saja langkahnya ke kereta uzurku.


-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  awakapakhabar




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah