KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur berjaya menahan seorang lelaki dipercayai orang kanan kumpulan kongsi gelap 'Double Seven' (77) di Taman Rashna, Klang, pada Khamis.
Sumber polis berkata lelaki berusia 38 tahun dikenali sebagai Tiger Snook, ditahan kerana mencederakan orang di dua premis hiburan di sekitar Dang Wangi di sini pada bulan lepas.
"Lelaki itu mempunyai dua rekod jenayah lampau dan pernah terlibat dalam pergaduhan di tapak pasar malam di Klang dengan menunjukkan objek menyerupai pistol pada bulan Ramadan lalu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Khamis.
Hasil risikan polis, Tiger Snook yang dipercayai aktif melakukan aktiviti memeras ugut dan meminta wang perlindungan di sekitar Klang itu berjaya ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : wartawan-jalanan







No comments
Thanks For Comment !!! :)