1. Kari Angsa.
Biasa kita pernah lihat kari ayam, kari ikan, kari kambing tapi anda pernah rasa tak kari angsa? Semestinya kita sudah tahu nasi kandar dan kari memang tidak boleh dipisahkan. Restoran Sultania Di Penang menyediakan kari angsa pada harga serendah lapan ringgit untuk bahagian kepak dan dada. Kari angsa ini juga cukup untuk lebih dari seorang makan dan anda boleh berkongsi bersama keluarga dan rakan anda. Rasa daging angsa ini sungguh lembut dan rasanya tidak mengecewakan dengan rempah ratus adunan kari.
2. Durian Goreng.
Ramai peniaga tidak melepaskan peluang pada musim durian kali ini dengan mencipta resipi baru seperti durian goreng. Durian Goreng ini kelihatan sama seperti cempedak goreng tapi rasanya amat sedap dan lembut sekali. Bau durian ini pasti akan menambahkan lagi selera makan anda. Durian Goreng ini boleh di dapati di Bazaar Ramadan Wangsa Maju.
3. Murtabak Maggi.
Murtabak maggi juga merupakan juadah yang jarang kita jumpa. Ianya kelihatan seperti murtabak cuma isinya sahaja berintikan maggi goreng. Kalau anda ingin cuba, anda boleh dapatkan dengan harga tiga ringgit sekeping di bazar ramadan Bandar Baru Sentul dan Wangsa Maju.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : sajakongsi









No comments
Thanks For Comment !!! :)