SHOPPE

Pengakuan Berani Mati Suami Yang Kecewa Dengan Isteri

Share:
Pengakuan Berani Mati Suami Yang Kecewa Dengan Isteri

d-trim murah




 Pengakuan berani mati

Maaf Admin. Semalam taip dalam phone sebab tu guna shortform. Saya taip semula ya. Harap boleh siarkan. Maaf lah jadi makin panjang. Bila ditaip semula banyak pula yang saya nak luahkan. Dan maaf kalau ada yang saya terlepas pandang dari segi ejaan dan sebagainya.




Salam KRT. Saya terpanggil untuk respond dekat satu story yang KRT pernah siarkan di sini. Oleh seorang perempuan yang mengaku dia layan whatsapp suami orang dan suami orang tu selalu cerita keburukan isteri dia. Luahan saya ni memang panjang sebab lama sangat saya pendam. Jadi terima kasih kalau ada yang sudi baca dan sudi bg pendapat. Semoga bermanfaat.

Saya tahu macam pelik je kalau lelaki follow page KRT ni sebab macam kita nampak majoriti yang post, yang komen perempuan. Para isteri. tapi saya sebagai suami follow page ni sebab masalah saya suami isteri juga. Saya cuba memahami isteri jadi saya tengok luahan-luahan isteri kat sini supaya saya boleh lebih fahami apa yang para isteri harapkan dari suami. Tapi malangnya, saya masih tak faham isteri saya. Saya rasa terpanggil untuk cerita berkaitan post tu adalah sebab saya terasa. Terasa macam saya adalah suami dalam cerita tu.

Saya akui saya ada kawan baik perempuan dan saya banyak cerita masalah kat dia. Tipu lah kalau saya cakap saya takde hati kat dia tapi dia awal-awal dah tolak saya. Katanya dia tak minat laki orang. Nak kawan boleh katanya tapi dia minta saya kawal diri jangan sampai jatuh cinta kat dia. Siapa yang pernah baca post panjang lebar tu mesti boleh faham kenapa saya terasa kan? Sebab kawan saya ni sama macam pengadu tu. Cuma mendengar tapi takde niat nak kat saya. Kecewa la juga sikit huhu. Lagipun dia baik dengan saya bkn sebab apa. Sebab saya ni kerja sama line dgn dia jadi senang dia nak mintak tolong saya apa-apa. Jujurnya memang saya ni dipergunakan lah tapi saya terima sebab dia sudi dengar masalah saya. Kenapa tak cerita kat lelaki tapi kat perempuan? Jawapan saya senang je. Lelaki mana nak layan cerita-cerita macam ni. Saya lelaki saya tau la. Kalau member saya cerita masalah rumah tangga dia memang saya cakap “lek je lah bro.” Tu je. Sebab tu lagi saya ok cerita dgn perempuan. Dapat pendengar dan dapat nasihat sekali huhuhu

Lagi satu yang buat saya terasa sebab cerita dia hampir sama dengan kisah hidup saya dengan isteri. Saya dan isteri bercinta agak lama. Dalam 6 tahun sebelum kahwin. Dan masuk tahun ni kami dah 7 thn kahwin. Total 13 tahun kenal secara rapat. Anak ada 2.

Saya sangat sayagkan keluarga saya tapi saya tak nafikan yang sayang saya pada isteri tu dah makin pudar. Masa saya nikahi dia memang saya sangat sangat sayangkan dia. Dan saya tengok dia macam perempuan yang baik-baik. Solat tak tinggal, bertudung, caring dan beri perhatian sepenuhnya kepada saya. Sebab tu saya ambil keputusan untuk masuk meminang dan akhirnya jadikan isteri saya. Awal perkahwinan memang bahagia. lagi-lagi pula isteri cepat mengandung. Tak sampai setahun kami dah ada cahaya mata.

Tapi makin lama saya makin kecewa sebabnya isteri saya mula berubah. Solat, aurat alhamdulillah masih terjaga. Cuma perangai dia, akhlak dia berubah. Tak tahu lah dia berubah kerana sesuatu ataupun itu memang perangai hakiki dia yang dia sorokkan daripada saya semasa kami berkawan. Dia sebagai isteri, maaf saya cakap, memang pemalas. Dia tak suka masak. Tak suka mengemas. Jaga anak pun ala kadar. Dia bekerja. Saya faham kalau dia penat. Tapi saya pun kerja juga. Penat juga.
kadang-kadang saya yang masak. Sebab dah tak larat asyik nak makan kat luar. Tapi kenapa isteri saya tak boleh? Dia bukan kerja susah pun. Kami dalam bidang yang sama cuma berlainan tempat kerja jadi saya faham kerja dia. Pegawai kerajaan. Bukannya busy sangat. Temberang la kalau dia kata dia penat kat office. Sedangkan saya tau kerja dia macam mana. Bila pengadu tu cakap pasal macam mana isteri mengidam masa mengandung suami bersusah payah penuhi, tapi bila suami nak makan itu ini isteri tak usaha masak untuk suami memang saya terasa sangat. Sebab itu yang jadi kat saya. Saya selalu juga tanya dia boleh tak masakkan saya itu ini. Dia buat tak tau je. Dia tak pandai masak jadi saya belikan dia buku masak tapi langsung tak dibeleknya. Saya ni teringin sangat nak dilayan macam mana ibu saya layan abah saya tapi tak bernasib baik so tak merasa

Lagi satu yang saya sedih adalah isteri saya ni langsung tak makan saman. Saya dengan dia hari-hari bergaduh. kadang-kadang benda kecil je boleh bergaduh. Sebabnya isteri saya ni suka melawan cakap saya. Dia takde masalah pun nak tinggi suara pada saya, nak tengking saya. Dia cakap dengan saya macam saya ni level kawan-kawan dia.

Saya tau dulu kami kawan tapi sekarang ni saya suami. Tak boleh ke jaga cakap tu? Bila saya tegur dia melenting. Mengamuk. Sampai minta cerai. Sakitnya hati saya masa tu Allah je la tau. Dah la kita tengah marah. Boleh pula dicabar suruh ceraikan dia. Bila bergaduh dengan dia jujur saya rasa maruah saya dipijak-pijak. Selalunya bukan niat saya nak bergaduh. Saya cuma nak ajak dia berbincang tentang masalah kami suami isteri. Apa yang tak kena pada mata saya tentang perbuatan dia. Saya tegur dia secara lembut. Tak pernah tengking atau tinggi suara masa saya menegur. Saya selalu mulakan dengan ayat “boleh tak abang nak tegur sikit?” dan barulah saya cakap apa yang saya nak cakap pada dia. Tapi dia tetap melenting. Katanya kalau tak suka apa dia buat ceraikan je lah dia. Allah.

Saya ni nak tengok dia berubah, bukannya nak tinggalkan dia.
Itu tentang nak bincang masalah rumah tangga. Kalau saya nak meluah perasaan stress saya dekat tempat kerja atau tentang apa-apa, lagi lah dia buat tak dengar. Drama TV lagi menarik pada mata dia daripada cerita saya. Itu sebabnya saya rapat dengan kawan perempuan saya tu. Dia sudi mendengar. Tak kisahlah kalau dia mendengar tak ikhlas sekalipun. Yang penting dia dengar dan respond.
Bukannya respond banyak pun. Dia cuma cakap “sabarlah” itu dah cukup untuk saya. Tapi isteri saya macam batu. Diam dan macam tak mendengar.

Jadi jangan salahkan saya cakap dengan perempuan lain. Saya bukan nak kata tindakan saya betul, cuma saya nak pembaca semua, terutamanya para isteri faham bila suami pasang lain. Kadang-kadang anda rasa anda dah buat terbaik, tapi hakikatnya masih ada yang kurang. Bawa berbincang dengan suami apa yang dia nak. Dan bila suami beritahu, cuba lah untuk penuhi.

Saya tahu akan ada para isteri yang melatah dengan mengatakan “asyik isteri je yang nak kena dengar cakap suami. Suami tak pernah pun dengar cakap isteri”. Saya tak nak ulas panjang cuma yang saya nak para isteri sedar, suami tu BANYAK pilihan. Dia boleh berpoligami. Anda sebagai isteri kena tambat hati dia. Bersabarlah melayan suami. Anda takkan rugi selagi suami anda bukan lelaki kaki pukul ataupun lelaki yang sentiasa menghina awak ataupun biawak hidup. Kalau dia pasang lain sebab tak puas hati dengan layanan awak, siapa yang merana? Sedarlah para isteri. Kesabaran kami ada hadnya.

Dan pada masa yang sama saya nak tanya para isteri. Dalam situasi saya, apa lagi saya boleh buat? Saya dah tegur. Dia taknak dengar. Bila saya ingatkan dia pasal derhaka dia buat bodoh je. Banyak lagi la benda-benda yang dia buat sampai saya jadi takut. Takut dia masuk neraka kerana saya. saya taknak ceraikan dia sebab saya risaukan anak-anak saya. Macam saya cakap awal-awal tadi, memang rasa sayang saya makin terkikis. Tapi saya yakin, kalau dia berubah, rasa sayang tu boleh dipupuk semula. Dan sebab itu lah saya taknak bercerai. Saya nak usaha.

Walaupun saya tau ada perempuan-perempuan lain yang sudi jadi isteri saya dan penuhi permintaan saya sebagai suami saya tak nak. Saya rasa ini tanggungjawab saya nak bimbing dan didik isteri saya. Tapi saya dah buntu. Tak tahu nak buat macam mana lagi nak bagi dia dengar nasihat saya dan hormati saya sebagai suami.


Saya tak faham apa yang isteri-isteri ni nak sebenarnya. Kalau nk kata saya tak penuhi permintaan dia, macam-macam saya dah bagi. Tak pernah berkira. Bukanlah saya nak katakan yang saya ni bagus, tapi saya memang family man. Masa isteri mengandung sampai lah dah bersalin saya tak pernah miss teman dia checkup dan sama-sama bawa anak checkup walaupun rakan-rakan saya bercakap belakang mengatakan saya ni kena control dengan isteri. Lagi satu, selain daripada hal kerja, saya memang tak pernah tinggalkan family pergi enjoy atau melepak dengan kawan kat mana-mana. Bila birthday, anniversary saya tak pernah lupa dan sentiasa mewahkan dia dgn hadiah.

Anak-anak pun kebnyakan masa saya yang jaga anak-anak ebab dia malas nak layan budak-budak. Tahu beranak je, tapi layan anak malas. Lagipun dia terlalu garang dgn anak sampai menengking bila marah padahal anak-anak saya tu kecil lagi. Sekolah pun belum. Saya tak suka dia buat macam tu jadi pada saya takpelah. Biar saya yang jaga anak-anak. Saya tak kisah asalkan saya tak tengok anak-anak saya diherdik atau dimarah. Dia juga ada minta saya carikan pembantu rumah. Saya berkeras tak nak sebab saya tak suka ada orang lain dalam rumah. Tapi isteri saya tetap nak pembantu rumah. Jadi saya mengalah. Saya keluarkan wang simpanan untuk bayar kepada agen pembantu rumah. Bukan sedikit. RM10k. Bayaran bulanan lagi.

Penat dah saya bertekak sebab saya memang taknak ambil orang gaji tapi hati dia keras sangat jadi saya mengalah. Itu pun dia masih tak hargai.

Saya tak minta banyak. Saya cuma nak dia hargai dan hormati saya sebagai suami. Itu je. Jadi bila saya baca apa yang pengadu tu tulis memang saya sokong. Sangat-sangat sokong apa yang dikata. Tapi bila saya tengok komen, Allah. Kecewa. Ramai perempuan yang berfikiran sama macam isteri saya rupanya. Kenapa macam ni wahai isteri? Taknak masuk syurga ke? Nak suami buat apa lagi untuk puaskan 9 nafsu anda tu?

Kepada yang sudi baca sampai habis, terima kasih. Saya luahkan di sini ada dua sebab. Pertama sekali, para isteri ataupun suami kat sini mungkin boleh bagitahu saya apa salah dan silap saya dalam rumah tangga sampaikan saya terseksa macam ni. Yang kedua, apa yang boleh saya lakukan untuk tambat hati isteri saya ni dan jadikan dia isteri yang patuh dan taat kepada saya. Sebolehnya saya tak nak lah sampai kena failkan nusyuz dan sebagainya. Saya tak sampai hati. Saya tahu saya kena bertegas tapi saya harap biarlah bertegas tu antara saya dan dia sahaja tanpa campur tangan pejabat agama dan sebagainya. Harap pembaca sudi membantu. Saya buntu.


Saya menulis semula sebab ingin mengucapkan terima kasih kepada admin dan pembaca KRT. Banyak respond yang saya dapat dari kisah saya yang panjang lebar tu.

Saya baca hampir kesemua komen. Alhamdulillah ada yang ‘tersedar’ bila baca luahan saya. Harap para isteri ni sempat perbaiki hubungan dengan suami agar kekal bahagia.

Saya pun ada ‘tersedar’ bila baca komen-komen. Tentang kekhilafan saya berhubung dengan perempuan lain dan membuka aib rumah tangga. Saya khilaf kerana fikir ‘tak mengapa. Dia tak kenal isteri aku’. Hakikatnya, apa yang salah tetap salah. Saya akan berhenti luahkan masalah rumah tangga saya pada dia. Tapi tentang stress pejabat dan isu-isu lain saya masih ada keinginan untuk terus bercerita dengan dia sebab isteri saya memang tak peduli nak dengar. Saya boleh cuba untuk tak hubungi dia, tapi saya akan sunyi. Perhatian kawan perempuan dengan kawan lelaki tak sama. Isteri tak beri perhatian jadi saya tertarik kepada perempuan lain. Tapi saya masih akan cuba berhenti. Perlahan-lahan insha Allah. Mohon doakan saya kuat untuk tinggalkan dia.

Untuk pengetahuan semua, isteri saya bukan berubah sekelip mata. Dia memang dari awal perkahwinan tak suka memasak, mengemas dan sebagainya cuma sebab awal-awal kahwin dia terus mengandung jadi saya tak perasan sangat. Ingatkan pembawaan atau dia penat mengandung. Tapi lepas bersalin, lepas anak-anak dah besar masih sama, jadi saya tersedar lah dia memang macamtu. Tapi tak apalah. Bukan rezeki saya untuk dapat isteri yang menjaga suami macam raja. Cukup syukurlah isteri saya tak kufur seperti isteri nabi Nuh. Ataupun sekejam isteri nabi Ayub. Jadi saya tahu, isteri masih boleh diubah insha allah.

Tentang ajak solat bersama… Saya dah cuba beberapa kali tapi isteri macam tak berapa berminat. Kadangkala kami solat berjemaah tapi kebanyakannya dia menolak. Katanya nanti anak-anak takde siapa tengok, atau nanti anak-anak kacau solat. Jadi tak mengapalah. Saya solat sendiri atau ke masjid. Tapi saya akan terus cuba. Mungkin bila anak-anak besar sikit dia dah tak ada alasan nak tolak jemaah dengan saya. Mudah-mudahan jadi bertambah baik.

Saya nak cuba cadangan tulis surat dan hantar kepada dia. Kalau ada pembaca KRT yang perempuan boleh tolong saya tulis surat mengikut apa yang boleh sentuh hati kaum hawa ni, harap boleh lontarkan idea. Biasala lelaki ni ayat direct je. Tak reti berbunga. Takut isteri ingat saya hantar surat layang pula. Harap surat tu dapat sentuh hati dia. Saya tak nak give up. Saya tak nak bercerai. Walaupun ianya halal, Allah benci. Saya tahu kasih sayang kami masih boleh dibaiki. Mohon pembaca KRT doakan saya dan isteri. Terima kasih sudi membaca, berbanyak terima kasih kerana sudi bagi cadangan. Terima kasih admin kerana siarkan.



-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  belogfadah




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah