Gambar sekadar hiasan..
Seorang remaja berusia 16 tahun yang berasal dari Brazil dilaporkan meninggal dunia akibat terlalu banyak melakukan masturbasi atau melancap atau beronani pada awal minggu ini.
Dia dikatakan tidak dapat menahan gelora seksnya lalu melakukan masturbasi berulangkali sebanyak 40 kali sepanjang malam, pada bulan yang lalu, dan ditemui telah meninggal pada keesokkan hari oleh ibunya.
Sebelum kejadian, ibunya telah mengetahui anaknya mengalami masalah ketagihan seks dan merancang untuk membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan bagi mengubati ketagihan seks anak remaja lelakinya yang melampau itu tetapi malangnya dia terlambat.
Seorang teman kelas remaja lelaki yang suka melancap itu yang namanya dirahsiakan itu mengatakan sahabatnya itu sangat ketagih seks dan suka melihat tubuh perempuan dalam segala bentuk dan tidak mengira umur atau saiz.
Dia juga bahkan pernah meminta temannya menonton dirinya melakukan masturbasi melalui kamera. Siasatan pihak berkuasa tempatan mendapati bilik remaja dipenuhi majalah pornografi. Bahkan, terdapat gambar-gambar yang mengghairahkan dan filem berunsur seks juga ditemui di komputernya.
Akibat tabiat melancap yang melampaui batas, seorang remaja lelaki telah meninggal dunia. Ini merupakan satu peringatan kepada semua terutama golongan lelaki bahawa perbuatan melancap itu bukan sahaja menjejaskan kesihatan, tetapi turut boleh membawa kepada maut.
Satu tips yang agak berkesan adalah dengan melibatkan diri dengan aktiviti keagamaan atau sosial dengan rakan di luar rumah seperti bermain bola sepak atau apa-apa sahaja yang dapat melupakan gelora nafsu seks yang membuak-buak itu. Tak pun, kalau dah layak dan bersedia, berkahwin sahaja, insyaAllah selamat dunia dan akhirat.
P/s : Pegang burung anda dengan penuh keinsafan dan belailah dengan penuh kasih sayang..
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : harian-metroll
No comments
Thanks For Comment !!! :)