Kuala Lumpur: "Sesiapa sahaja yang mempunyai naluri seorang bapa pasti akan melakukan tindakan sama seperti saya tetapi tidak sangka pula ia mendapat perhatian."
Begitulah kata Ahmad Reza Samsuddin, 38, yang gambarnya menunggang motosikal bersama tiga anak lelakinya berusia antara lima dan tiga tahun menjadi viral di media sosial sejak kira-kira dua minggu lalu.
Gambar Ahmad Reza bersama tiga anaknya, Rafael Haikal, 8, Rafique Danial, 5, dan Danish Bunyameen, 3, yang menaiki Honda EX5 menjadi viral awal Ramadan lalu ketika empat beranak itu dalam perjalanan dari Sepang ke Pulau Pinang.
Menceritakan tindakannya itu, Ahmad Reza yang juga duda, berkata dia sendiri tidak sangka mampu menempuhi perjalanan kira-kira 16 jam dengan jarak 392 kilometer dari rumah keluarganya di Salak Tinggi, Sepang, ke rumah sewanya di Permatang Damar Laut, Batu Maung, Pulau Pinang.
"Awal Ramadan lalu, saya dan anak kedua, Rafique, yang menetap bersama saya di Pulau Pinang, menaiki motosikal ke Sepang untuk menyambut Ramadan bersama dua lagi anak bersama ibu bapa saya di sana (Sepang) selepas bercerai dua tahun lalu. "Selepas beberapa hari di Sepang, dua lagi anak tiba-tiba merengek mahu ikut kami pulang ke Pulau Pinang. Ketika itu dalam poket saya cuma ada RM50," katanya.
Menurutnya, dalam keadaan terdesak, dia akhirnya nekad membawa bersama dua anaknya itu dan menyerahkan segalanya-galanya kepada kuasa Allah SWT untuk melindungi perjalanannya empat beranak.
"Kami bertolak selepas sahur dan sepanjang perjalanan, kira-kira 10 kenderaan berhenti melahirkan simpati termasuk ada yang menawarkan untuk menumpangkan tiga anak saya itu. “Namun, saya menolaknya dengan baik dengan mengatakan ini semua adalah ujian Allah SWT buat saya.
"Mereka akhirya memberikan duit raya kepada saya dan anak-anak. Alhamdulillah perjalanan kami dipelihara Allah SWT dan kami selamat tiba di Pulau Pinan, kira-kira 10 malam," katanya. Menurutnya, dia tahu ramai begitu bersimpati sehinggakan ada yang bercadang kumpul duit untuk membeli kereta buat dia sekeluarga.
"Saya bukan tolak rezeki. Tapi, tak perlulah bersusah payah sampai begitu. Bukan niat saya untuk meraih simpati orang ramai dengan cara menunjukkan kesusahan hidup kami empat beranak," katanya. Sayu tak terkata
"Sayu hati saya melihat keadaan mereka. Apatah lagi, melihat tiga anaknya yang terpaksa berhimpit menaiki motosikal. "Saya nekad menahannya tidak jauh dari Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Hulu Bernam untuk menghulur sedikit bantuan dan menumpangkan anaknya menaiki kereta saya," kata Hazumi Kamaruddin, 32.
Hazumi adalah antara beberapa individu yang kebetulan bertembung dengan Ahmad Reza Samsuddin, 38, yang gambarnya bermotosikal bersama tiga anak lelakinya berusia antara lima dan tiga tahun menjadi viral di media sosial, sejak kira-kira dua minggu lalu.
Hazumi berkata, ketika ditemui empat sekeluarga itu dalam perjalanan menghala ke ibu negara dan kesempatan itu diambil untuk memberi bantuan bagi meringankan bebannya. "Kebetulan pada 22 Julai lalu, saya juga dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas pulang dari Perlis dan tidak menyangka terserempak dengan mereka.
"Tapi, sejak gambar keluarga itu viral, saya juga berjanji sekiranya terserempak dengan mereka, saya akan membantu sedaya upaya dan Alhamdulillah doa saya dimakbulkan Allah," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Bagaimanapun, katanya, Ahmad Reza enggan menerima sebarang bantuan kewangan yang mahu diberikan dengan alasan tidak mahu menyusahkan orang lain.
"Saya memberitahunya wang itu sebagai duit raya dan saya ikhlas untuk membantu. Tapi, dia tetap juga menolak. Begitu juga pelawaan saya untuk menumpangkan anaknya. "Kami sempat bertukar nombor telefon. Selepas pertemuan itu, saya juga ada menghubunginya untuk bertanya khabar. Saya tetap bercadang memberikannya bantuan dalam masa terdekat," katanya.
Gambar Ahmad Reza bersama tiga anaknya, Rafael Haikal, 8, Rafique Danial, 5, dan Danish Bunyameen, 3, yang menaiki Honda EX5 menjadi viral, awal Ramadan lalu, ketika empat beranak itu dalam perjalanan dari Sepang ke Pulau Pinang.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : beritahavoc
No comments
Thanks For Comment !!! :)