Desasdesus bertiup kencang tentang dakwaan tudung jenama Naelofar Hijab milik Neelofa ini tidak dijahit di Malaysia tetapi pengeluarannya dilakukan di Vietnam bukannya di Malaysia seperti yang didakwa Neelofa.
Neelofa dengan tegas menjawab persoalan ini. “Kebanyakkan produk tiruan Naelofar Hijab dibuat dari Vietnam manakala yang asli adalah sepenuhnya hasil kerja rakyat tempatan. Kadangkadang
pelanggan pun terkeliru dan tertipu kerana membeli secara online tetapi perbandingan kualiti dan jenis fabrik digunakan adalah berbeza”
Neelofa juga mengatakan yang dia mempunyai pasukan khas untuk mengenal pihak yang menjual
produk "ciplak" dari Vietnam. “Kami di Naelofar Hijab mempunyai pasukan khas untuk
mengenal pasti pihakpihak yang menjual produk ‘ciplak’ selain menggunakan nama dan wajah saya bagi memperdaya orang ramai. Setakat ini kami telah mengambil tindakan terhadap beberapa peniaga yang melakukan perbuatan tersebut,” katanya.
Memang sukar dipercayai kerana bila kami bertanya pada yang membeli tudung Neelofa ni di Vietnam, kata mereka kualitinya jika dibezakan dengan yang Neelofa kata original buatan di Malaysia, langsung tak ada beza.
Malah sebelum ni ada juga kami dengar tuduhan yang kononnya orang nampak Neelofa sendiri pergi ke Vietnam. Entahlah, apa yang penting tudung Neelofa ni memang berlambak dekat Vietnam dan dijual macam goreng pisang panas kepada peniaga di Malaysia.
Psst: Nak marah orang yang jual tudung tu buat apa. Pergilah Vietnam tu marah orang yang awak katakan menciplak tudung awak tu. Heheh!
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : jangansembang
kembar tp x serupa hihi
ReplyDelete