SHOPPE

Kejam!! Tegur Tak Puasa, Abang Maut Dilibas

Share:
Kejam!! Tegur Tak Puasa, Abang Maut Dilibas



Lelaki maut selepas dilibas adik lelakinya menggunakan pisau dalam kejadian di rumah di Jalan Orkid Batu 8, Sijangkang, petang tadi.

Dalam kejadian kirakira 6.30 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun dikatakan bergaduh dengan adiknya, 27, yang menegurnya kerana dikatakan tidak berpuasa.




Sumber berkata, keduadua mereka kemudian bergaduh di dalam rumah berkenaan sebelum mangsa menyerang adiknya menggunakan besi panjang dan suspek bertindak balas dengan mengambil pisau dan melibas ke arah mangsa.

Katanya, libasan pisau itu terkena leher kiri mangsa sebelum beliau bergegas keluar dan meminta bantuan seorang rakan untuk menghantarnya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah
(HTAR), Klang.

Bagaimanapun, sumber berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital sebelum satu laporan polis dibuat oleh pembantu perubatan HTAR.

Difahamkan, suspek juga sudah ditahan di rumah berkenaan sejurus laporan diterima pihak berkuasa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Zailan Tasir ketika dihubungi mengesahkan kejadian.



-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  fastlanenewss




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah