Kisah benar "Kenapa Suami Kita Curang, Bila Isteri Tak Cantik?". Tak semua lelaki
curang dan tak semestinya lelaki tak curang bukan?.. Kisah ini dikongsi oleh Puan Nia
(bukan nama sebenar) bukan untuk menggatakan bahawa lelaki ni memang tak
setia cuma sekadar iktibar buat kita semua dan para suami/lelaki, renungrenung
kan lah. Selama ni kita hanya engat kisah sebegini di dalam drama sahaja tapi realiti
nya banyak berlaku di luar panggung wayang
Pembaca Semua,
Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puanpuan
tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia
melihat kita dari pandangan mata mereka.
Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati
mereka, mereka menilai secara diamdiam dan membanding kita dengan perempuan lain.
Barangkali suami puanpuan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang
isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Perwatakan saya biasa
sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Berkerja
sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja. Kebanyakan belanja
seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang
mempunyai gaji tidak seberapa.
Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya. Suami saya
tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa zaman bujangnya.
Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja
saya akan masak untuk anakanak, sarapan untuk suami, saya memandu sendiri ke
pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan
segala keperluan rumahtangga.
Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakan saya. Saya
memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada
saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,
kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.
Barubarunini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja
sendiri.Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya
mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu
kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan se**.
Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan, tetapi
setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu
kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang
mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya. Saya menjaga makan
minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya
hanyalah setakat itu sahaja. Dia tiada rangsangan lagi bila melihat saya.
Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik, menarik minat
lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain. Dia
dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku
yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik. Sedangkan
saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa
saja, kuku saya pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak
kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari. Kulit perut
saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber tshirt
dan berkain batik.
Harihari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap
di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anakanak.
Tiada topik menarik separti teman wanitanya yang boleh bercakap pasal politik,
career, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia
yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang
berjaya bila bersama wanita tersebut. Memang saya akur tentang perawakan saya
kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk
membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja
sepenuhnya untuk kecantikan.
Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi
dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang
boleh membuat dia berasa bangga.
Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk
meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk
kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek
dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan
menarik.
Sadis Am membaca kisah ini, kenapa perlu cari yang lain bila isteri tak cantik?. Kamu
tak lihat lagi ke pengorbanan seorang wanita yang bernama isteri sanggup
berkorban tubuhnya yang dulu menglahirkan zuriat kamu kerana wanita bernama
isteri ini dia lebih sayangkan kamu dari tubuhnya sendiri.
Beginilah, jika isteri kamu tidak cukup sempurna untuk kamu, kamu ceraikan saja dia.
Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tidak tahu bersyukur seperti kamu. Cuba
kamu fikir, kalau bukan kerana dia korbankan bentuk tubuhnya kerana kamu,
sepanjang hayat kamu tidak akan melihat waris keturunan kamu. Kalau dia mahu,
dia juga boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai kamu. Tetapi
itulah pengorbanan seorang isteri yang tidak pernah kamu hargai. Bukan dia yang
tidak cukup sempurna untuk kamu tetapi kamu yang tidak layak mendapat isteri
sepertinya. Lebih baik kamu nilai diri sendiri dari kamu menilai isteri kamu kerana dia
adalah ibu kepada anakanakmu.
Sekian terima kasih ikhlas dari Am :)
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : aminin







No comments
Thanks For Comment !!! :)